Saingan JLeague 2019 akan membuka tirai beberapa hari sahaja lagi dengan perlawanan Fuji Xerox Super Cup 2019 sebagai pembuka yang akan diadakan pada 16 Febuari 2018 diantara Kawasaki Frontale (Juara JLeague 2018) bertemu Urawa Reds Diamond (Juara Emperor Cup).

Apa yang menarik perhatian sebenarnya bukan terhadap perlawanan itu, tetapi fokus lebih terarah kepada bilangan pemain yang baru menandatangani kontrak profesional mereka bermula musim 2019.

Mengikut kemaskini oleh pihak JLeague, musim 2019 ini mereka telah merekodkan seramai 182 orang pemain yang baru sahaja memiliki kontrak profesional – dimana kesemua mereka ini telah mengikuti satu program khas yang dianjurkan.

Program ini adalah seperi satu ‘orientasi’ kepada pemain profesional baru untuk mempersiapkan mereka dengan cabaran dan ilmu asas untuk memulakan karier bola sepak secara profesional. Ia sangat penting kerana semua pemain-pemain ini kebanyakannya berusia sekitar 18 hingga 22 tahun yang kurang terdedah dengan keadaan sebenar bergelar pemain bola sepak profesional.

Ini juga adalah satu program oleh JLeague untuk membantu mereka supaya sedar apakah yang boleh mereka ‘expect‘ selepas bergelar pemain pro. Semua pemain-pemain ini akan berstatus kontrak Pro C sebagaimana peraturan yang ditetapkan oleh JLeague.

*Untuk bacaan mengenai jenis-jenis kontrak dalam JLeague sila baca disini.

Platform Mana Paling Produktif Menghasilkan Pemain Profesional Di Jepun?

Dari 182 orang pemain baru berstatus profesional, 24 orang daripadanya datang dari sistem bola sepak sekolah-sekolah tinggi seluruh Jepun.

Salah seorang pemain dari sistem ini yang berjaya memecah masuk ke skuad kebangsaan bawah umur Jepun adalah Kennedy Ebbs Mikuni dari Aomori Yamada High School, yang mengikat kontrak profesional bersama pasukan J2 League – Avispa Fukuoka.

Seterusnya, 56 orang pemain profesional 2019 berjaya dihasilkan melalui sistem akademi bola sepak kelab-kelab JLeague. Contoh pemain paling popular yang dihasilkan melalui sistem akademi kelab JLeague ini adalah Yamamoto Rihito dari FC Tokyo. Beliau kini memegang jersi nombor 10 skuad Jepun U18 dibawah bimbingan Masanaga Kageyama.

Menurut data yang dikeluarkan, seramai 95 orang pemain dari liga universiti seluruh Jepun berjaya menerima kontrak sebagai pemain bola sepak profesional dalam musim 2019 dan ini merupakan pecahan paling besar.

Untuk rujukan, Kashima Antlers mengambil Nago Shintaro dari pasukan Juntendo University untuk melengkapkan skuad. Sebelum beraksi untuk Juntendo University, Nago telah bersama Shizuoka Gakuen High School – pasukan yang diwakili oleh Jun Nishikawa, AFC U16 2018 Player of the Tournament.

Baki 7 lagi pemain adalah dari saingan Japan Football League (JFL), liga-liga peringkat regional seperti Briobecca Urayasu (JFL), Kochi United SC (Shikoku Regional League) dan sebagainya.

Jika dilihat dari pecahan mengikut divisyen pasukan pula, bilangan pemain berdasarkan platform adalah seperti berikut;

  • J1 League: 11 pemain dari sistem bola sepak sekolah tinggi, 21 pemain dari akademi remaja kelab JLeague, dan 14 pemain dari sistem bola sepak universiti.
  • J2 League: 11 pemain dari sistem bola sepak sekolah tinggi, 31 pemain dari akademi remaja kelab JLeague, 35 pemain dari sistem bola sepak universiti dan 1 pemain dari liga amatur atau regional.
  • J3 League: 2 pemain dari sistem bola sepak sekolah tinggi, 4 pemain dari akademi remaja kelab JLeague, 46 pemain dari sistem bola sepak universiti dan 6 orang dari liga amatur atau regional.

Dari angka-angka ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pemain-pemain dari liga universiti Jepun lebih banyak menghuni liga divisyen 2 dan 3 Jepun, manakala pemain yang lahir dari platform akademi remaja kelab lebih banyak peluang diambil bersama pasukan divisyen 1 dan 2, sama seperti sistem bola sepak sekolah tinggi Jepun.

Sumber