Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali dengan nama Zamsaham berkongsi reka bentuk awal pusat latihan baharu kelabnya.
Baca Juga:
- Bekas Pertahanan La Liga Bakal Sertai TRW Kelantan
- ZamSaham Islamkan Penolong Jurulatih TRW Kelantan
- Choi Moon Sik Harap Kelantan Mampu Tewaskan Kedah Dan JDT
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook miliknya, Zamsaham menunjukkan reka bentuk awal pusat latihan baharu TRW Kelantan yang dilihat serba moden dan canggih.
“Hanya engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada engkaulah kami meminta pertolongan. Mudah-mudahan dikabulkanlah hajat kami untuk memiliki pusat latihan sendiri. Permudahkan urusanku ya Allah.Lambat atau cepat aku percaya pada ketentuanMu,” kata Norizam.
Dalam gambar di atas, pusat latihan baharu itu menggunakan warna utama pasukan iaitu merah dan putih. Akan tetapi, Zamsaham tidak berkongsi dengan lanjut mengenai kemudahan yang ada dalam pusat latihan tersebut.
Melihat kepada perkara ini, Zamsaham dilihat mempunyai pelan jangka masa panjang bagi pasukan Kelantan dan ini merupakan salah satu langkah awal untuk menjadikan pasukan itu sebagai satu kelab profesional yang mempunyai fasiliti lengkap.
Musim ini, kelab dari Pantai Timur itu dibimbing oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik dan beliau menyimpan impian tinggi mahu melakukan kejutan pada penampilan tahun sulungnya dalam saingan Liga Malaysia musim 2023.
Jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mahu para pemainnya terlalu gentar dengan reputasi pasukan lain sepanjang saingan Liga Super dan berharap dapat menewaskan kelab gergasi tempatan seperti Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).