Skuad Samurai Blue tewas 1-3 ditangan Qatar dalam perlawanan akhir kejohanan Piala Asia 2019 semalam, mengundang pelbagai reaksi dari media-media sukan negara matahari terbit itu dan salah satunya darinya berbunyi “Selain dari juara, ia adalah satu kegagalan!”.

Itu adalah petikan dari satu artikel yang dikeluarkan oleh portal bola sepak tersohor Jepun – SoccerKing.

Pemain pertahanan kiri, Yuto Nagatomo pula dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa keperitan dari kekalahan ini jika difikirkan kembali akan menjadi satu gandar kekuatan baharu yang cukup bernilai.

2 Perkara Positif Dari Kekalahan Final Piala Asia 2019

Sebelum perlawanan bermula lagi, Yuto Nagatomo sudah memberikan bayangan bahawa ini merupakan perlawanan terakhir beliau.

 

“Jika tewas ia merupakan penamat dalam sebuah keadaan tertekan tetapi akan melipat gandakan pengalaman dan ini sebenarnya satu perkara yang besar manfaatnya.”

Dalam kekecewaan itu juga, Yuto Nagatomo sebagai salah seorang pemain paling senior, secara peribadi gembira melihat apa yang mampu dilakukan oleh pemain muda yang membayangkan kualiti bola sepak Jepun bakal diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dimasa depan.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kekecewaan itu akan diterjemahkan sebagai sebuah gandar tenaga yang yang baru untuk terus berusaha keras untuk mencapai sasaran dalam kejohanan lain dimasa depan samda diperingkat kelab, bersama skuad kebangsaan dan lebih penting lagi dalam karier bola sepak seseorang pemain itu.

Nagatomo juga mengatakan, bahawa dengan prestasi pasukan yang beraksi di Piala Asia 2019 ini, timbul kerisauan dalam dirinya skuad Jepun mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk tidak layak ke saingan Piala Dunia akan datang.