Xavi Hernandez membuat kejutan apabila memutuskan untuk memasukkan Ousmane Dembele ketika perlawanan berbaki 20 minit semasa derbi Catalan di antara Barcelona di Espanyol.

Ini selepas beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa Dembele akan dibekukan daripada aksi baki musim ini jika tidak mahu melanjutkan kontraknya.

Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi Barcelona.

Namun selepas drama perpindahan Januari berakhir, dengan Dembele masih lagi berada di Barcelona, Xavi membuat keputusan untuk menyertakan pemain itu dalam pasukannya.

Sebelum ini Dembele berada di bangku simpanan pemain. Dan dalam aksi derbi Catalan, Dembele dibawa masuk ketika pasukannya ketinggalan 2-1.

Dembele diketepikan daripada skuad Barcelona sebelum perlawanan Copa del Rey menentang Athletic Club dan tidak beraksi dalam La Liga Santander sejak pasukannya seri 1-1 di Granada pada 8 Januari lalu.

Kelab dikatakan masih menentang Xavi dalam membenarkan Dembele bermain untuk Barcelona sekali lagi. Tetapi Xavi nampaknya kekal dengan rancangan asalnya dengan menyertakan Dembele dalam perancangannya.

Xavi mengesahkan selepas perlawanan menentang Atletico Madrid bahawa dia tidak akan menggunakan Dembele walaupun ketika itu permainan mereka berubah selepas Dani Alves dibuang padang.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu akhirnya mendapat peluang di Stadium RCDE selepas turun dari bangku simpanan untuk Jordi Alba dalam keputusan seri 2-2.

Luuk de Jong menyelamatkan Barcelona dengan gol pada masa kecederaan. Untuk mereka mengelakkan diri daripada satu lagi kekalahan.

Barca mendahului awal, pada minit kedua perlawanan menerusi pemain muda mereka Pedri.

Tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir melalui Sergi Darder.

Darder kemudian menyumbang bantuan untuk gol Raul de Tomas bagi meletakkan Espanyol di hadapan minit ke- 64.

Dembele kemudian dimasukkan untuk menggantikan Jordi Alba. Sekaligus menghantar isyarat bahawa Xavi sudah memaafkan Ousmane Dembele. Dan pemain itu akan menjadi sebahagian pasukan untuk baki musim ini.

Beliau memberikan impak dalam baki 18 minit aksinya di atas padang.

Blaugrana memerlukan gol lewat pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan, Di mana peminat Barca perlu berterima kasih kepada Luuk De Jong kerana pemain yang sering mereka kritik itu sekali lagi menyelamatkan pasukan Barca.

De Jong menyempurnakan hantaran Adam Traore untuk mengelakkan Barca daripada tewas.