Xavi kecewa dan merasakan Barcelona layak pulang dengan kesemua 3 mata daripada lawatan mereka ke Bayern Munich.
Baca juga artikel
UCL: Tandukan Matip Minit Akhir Perlawanan Berikan Kemenangan Buat Liverpool
Sudah 10 Hari Mane Ingatkan Muller Agar Tak Terbagi Bola Kepada Lewandowski
Antony Kongsi Kisah Hidupnya: “Kami Miskin Dan Berjiran Dengan Pengedar Dadah”
Pasukan bimbingan Xavi Hernandez tewas 2-0 di tangan Bayern yang menyaksikan kepulangan semula Lewandowski buat pertama kali ke Arena Allianz sejak meninggalkan pasukan itu musim panas lalu – selepas 8 tahun berssama Bayern.
Bayern menang menerusi gol sumbangan Lucas Hernandez dan Leroy Sane pada separuh masa kedua.
Xavi kecewa kerana dia merasakan bahawa pasukannya adalah pasukan yang beraksi lebih baik berbanding Bayern Munich.
Xavi menganggal ianya adalah malam yang mengecewakan bagi pasukannya Barcelona kerana pulang dari Allianz Arena dengan tangan kosong.
Xavi berkata: “Saya kecewa. Saya kecewa. Saya tidak suka kalah – dan kami tidak berhak kalah.”
“Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik, kami mendominasi mereka. Kami lebih bagus. Tetapi inilah dia Liga Juara-Juara Erpah.”
“Prosesnya bagus, tetapi keputusannya buruk. Ia adalah peluang keemasan untuk menang di stadium ini, dan kami pulang dengan kekalahan. Saya berbesar hati [dengan corak permainan Barca].”
Dari segi permainan memang sudah banyak perubahan Barcelona berbanding beberapa musim sebelum ini. Di mana dalam perlawanan perlawanan sebelum ini kelihatan Bayern terlalu unggul di atas padang.
Berbeza pada kali ini Barcelona tampil dengan sangat baik. Xavi juga menjelaskan bahawa, beza mereka dengan Bayern adalah, pasukan bimbingan Julian Nagelsmann itu lebih kejam di hadapan gol.