Pengurus kelab Liga Qatar, Al Sadd SC iaitu Xavi Hernandez menjadi calon utama bagi menggantikan Ronald Koeman yang dipecat oleh Barcelona baru-baru ini.
Kekalahan 1-0 kepada Rayo Vallecano nyata menjadi perlawanan terakhir Koeman bersama Barcelona dimana pihak pengurusan mengadakan mesyuarat tergempar dan kemudiannya memecat Koeman sebagai pengurus.
FC Barcelona has relieved Ronald Koeman of his duties as first team coach
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 27, 2021
“FC Barcelona telah melepaskan Ronal Koeman daripada tugas sebagai pengurus kelab. Presiden kelab, Joan Laporta telah memaklumkan keputusan itu setelah tewas kepada Rayo Vallecano.
“Koeman akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pada Khamis ini di Ciutat Esportiva. Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat beliau dan selamat maju jaya kepada bekas pemain itu,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan kelab.
Menurut perkongsian Fabrizio Romano, Barcelona ketika ini sedang mengadakn rundingan dengan Xavi dimana mereka memujuk legenda kelab itu agar meninggalkan Al Sadd dan kemudiannya menjadi pengurus baharu pasukan.
Tambah Fabrizio, calon lain yang berada dalam senarai iaitu pengurus Boca Juniors, Marcelo Gallardo dan ketua jurulatih Barcelona B, Sergi Barjuan juga tahu bahawa bekas ketua pasukan itu merupakan calon utama untuk menjadi pengurus Blaugrana.
There’s no announcement in place yet for Koeman replacement at Barcelona. It’s gonna take few hours while negotiations are ongoing for Xavi to leave Al Sadd & become the new manager. 🔴🇪🇸 #FCB #Xavi
Other candidates for Barça job also know Xavi is the favourite, as things stand. pic.twitter.com/1LaHsGkNDc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 27, 2021
Xavi sebelum ini tidak berselindung bahawa beliau mempunyai mimpi untuk kembali ke kelab yang telah membesarkan namanya dan memberikan banyak kejuaraan semasa karier profesionalnya.
Pengurus berusia 41 tahun itu sedia mempertimbangkan sekiranya ada tawaran yang diberikan oleh bekas kelab Andres Iniesta dan Lionel Messi itu.
“Segala tawaran yang datang akan dinilai dan kemudiannya keputusan akan dibuat. Saya tidak tahu bagaimana masa depan saya, tetapi saya terbuka dengan semua perkara,” katanya.
Xavi baru-baru ini telah mencipta satu rekod baharu bersama Al Sadd dimana mereka mencipta rekod dalam saingan liga dimana kelab itu masih belum tewas dalam 34 perlawanan yang dihadapi.
Dibawah bimbingan Xavi, Al Sadd juga telah memenangi tujuh piala termasuk kejuaraan liga yang diraih musim lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:
Piala Carabao: West Ham Singkir City, Foden Gagal Sempurnakan Penalti
La Liga: Radamel Falcao Berikan Barcelona Satu Lagi Kekalahan Dan Koeman Dipecat