Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez jelas cukup berang dengan prestasi anak buahnya selepas tewas mengejut 0-1 ditangan pasukan kelompok bawahan, Almeria.
Baca Juga:
- Xavi: “Kami Tak Takut Beraksi Di Old Trafford”
- Xavi Ingatkan Ronaldo: Liga Arab Saudi Sangat Kompetitif Dan Mencabar
- Kesetiaan Dan Persahabatan Sahaja Tak Cukup, Xavi Disaran Tukar Barisan Kejurulatihan
Kekalahan tersebut juga sekali gus menghalang usaha The Blaugrana untuk terus menjarakkan mata dengan seteru ketat, Real Madrid yang hanya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Atletico Madrid.
Kekecewaan Xavi itu jelas dapat digambarkan apabila beliau turut menganggap ia sebagai aksi terburuk ditampilkan anak buah sepanjang musim ini.
“Kami jelas kurang bersemangat pada separuh masa pertama. Ketika babak kedua, kami telah mencuba segalanya,” ujar Xavi menurut laporan Goal.
“Kami telah cuba bermain dengan posisi 3-4-3, meletakkan Ronald Araujo sebagai penyerang, semuanya tidak menjadi.”
“Ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak mencukupi. Sekiranya kami tidak mengubah mental ‘chip’ kami, ia akan menyebabkan kami kehilangan mahkota kejuaraan liga.”
“Ini adalah perlawanan terburuk kami pada musim ini. Saya sangat marah. Ia terlalu sukar. Kami tidak bermain dengan baik.”
“Kami tidak berada dalam perlawanan itu, tiada alasan untuk kekalahan pada hari ini. Kami tidak layak untuk menang dan kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya.”
Pada aksi yang berlangsung di Estadio MediterrĂ¡neo itu, Barcelona dikecewakan dengan jaringan minit ke-24 oleh pemain penyerang Almeria, El Bilal Toure.
Barcelona kini memimpin La Liga 2022/23 selepas mengumpul 59 mata hasil 19 kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan untuk memiliki kelebihan tujuh mata di hadapan Real Madrid.