Arsenal berhadapan West Ham dalam aksi derbi London di Stadium Olimpik.

Baca Juga:

Arsenal sebelum ini memiliki pendahuluan 6 mata ke atas Man City. Dan kini pendahuluan itu cuma 4 mata sahaja.

Ini selepas mereka diikat seri oleh West Ham 2-2 di Stadium London.

Arsenal mendahului dengan 2 gol. Dan skrip yang sama seperti di Anfield, skuad Mikel Arteta melepaskan pendahuluan 2 gol dan diikat 2-2.

Arsenal menjadikan kedudukan 2-0 hanya dalam 10 minit pertama perlawanan.

Gol pertama menerusi Gabrie Jesus pada minit ke-7. Ditambah gol kedua oleh kapten Martin Odegaard minit ke-10.

Arsenal kemudian agak banyak membazirkan peluang mereka. Dan membenarkan West Ham mendapatkan keyakinan dalam aksi derbi London.

West Ham sempat merapatkan jurang gol sebelum rehat separuh masa menerusi penalti Said Benrahma.

Gol itu membuatkan Arsenal tersentak dan mulai melakukan beberapa kesilapan.

Pada separuh masa kedua, anak anak buah David Moyes bermula dengan sangat baik.

Namun Arsenal diberikan penalti selepas hanball oleh Michal Antonio. Dengan VAR mengesahkannya.

Namun Bukayo Saka gagal menyempurnakan penalti yang sangat penting itu.

Beberapa minit selepas itu, pada minit ke-54, pemain antarabangsa England, Jarred Bowen menyamakan kedudukan dari jarak dekat menerusi half volley.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1647604623778119682

Arsenal gagal untuk mendapatkan gol kemenangan yang mereka cari. Walaupun Arteta cuba mengharapkan formula memasukkan Reiss Nelson seperti sebelum ini.

Tamat perlawanan West Ham 2 Arsenal.

Arsenal kini cuma 4 mata di atas City dengan kelebihan 1 perlawanan.