Kekalahan skuad kebangsaan Jerman di tangan Jepun pada perlawanan pembukaan kumpulan E temasya Piala Dunia 2022 di Qatar terus menjadi bahan perbualan peminat bola sepak dunia.

Baca Juga:

Salah seorang wartawan negara tuan rumah, Muhammad Al-Kaabi memerli skuad kendalian Hansi Flick itu dengan mengatakan pasukan itu wajar menelan kekalahan apabila tampil di atas padang namun fokus utama mereka bukanlah bola sepak.

“Ini yang berlaku apabila ada tidak fokus terhadap bola sepak. Anda datang ke negara kami, anda harus menghormati agama kami, budaya dan peraturan yang kami tetapkan,” kata Al-Kaabi.

Sebelum perlawanan, pemain Jerman melakukan protes kepada FIFA dengan menutup mulut sebelum sepak mula simbolik kepada suara mereka telah ditutup dalam usaha mahu memberikan solidariti kepada kemanusiaan termasuk menyokong puak LGBT yang diharamkan di Qatar.

Jerman mengkritik FIFA yang melarang penggunaan lilitan pelangi dalam kempen OneLove yang dilancarkan di Eropah. Ini kerana ianya bertentangan dengan garis panduan FIFA dan juga undang undang di Qatar yang menganggap LGBT sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, kapten Jerman, Manuel Neuer tidak mengendahkan larangan FIFA dan kerajaan Qatar yang melarang penggunaan logo pelangi pada lilitan kapten. Neuer kemudian diarahkan pembantu pengadil untuk menanggalkan lilitan kapten tersebut.

Ramai peminat bola sepak turut melabel Jerman sebagai hipokrit dimana mereka bersuara mengenai komuniti LBGTQ namun berdiam diri ketika salah seorang bekas pemain mereka, Mesut Ozil bersuara mengenai komuniti muslim Uyghur.

“Ingat ketika Mesut Ozil mengecam ketidakadilan yang berlaku terhadap umat Islam Uyghur dan mempertahankan hak mereka? Apa yang anda lakukan selepas itu sebagai persekutuan Eropah? Perang media terhadap pemain dan kemusnahan kerjayanya,” kata seorang peminat.

Jepun berjaya menewaskan Jerman dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan Takuma Asano dan Ritsu Doan pada separuh masa kedua dan gol tunggal juara edisi 2014 itu dijaringkan oleh Ilkay Gundogan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama.