Platform e-dagang popular di Asia iaitu Shopee telah menghentikan penjualan tiket semua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), berikutan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengadakan perlawanan minggu ini tanpa penyokong akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Menurut kenyataan daripada Shopee, para peminat bola sepak tempatan yang telah membeli tiket bagi aksi Liga Super membabitkan Petaling Jaya (PJ City) FC dan Terengganu FC, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United FC serta Kedah dan Selangor akan mendapat bayaran balik selewat-lewatnya pada hari Rabu ini.
Rentetan pengumuman Malaysian Football League (MFL) berkenaan perlawanan bola sepak CIMB Liga Super hujung minggu ini dilangsungkan tanpa penonton di stadium sebagai langkah menghindari Covid-19, Shopee telah memberhentikan semua jualan tiket bagi perlawanan berikut:
(1/2) pic.twitter.com/EGH0uFjHG8
— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) March 13, 2020
“Pengguna yang memerlukan maklumat berkaitan bayaran balik, boleh menghantar emel ke alamat [email protected] atau menghubungi talian 03-27779222, Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 6 petang, termasuk cuti umum,” kata kenyataan itu.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan semua perlawanan Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia & MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini akan berlangsung tanpa penonton.
Seterusnya, berkuatkuasa Isnin, 16 Mac 2020, semua pertandingan anjuran FAM dan MFL termasuk perlawanan Piala FA & Piala Presiden 2020 adalah ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian.
Keputusan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai serta menjaga tahap kesihatan mereka.
“Saya juga ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada persatuan bola negeri yang menjalankan liga-liga negeri dan juga pengendali liga sosial supaya mematuhi arahan ini dengan menangguhkan sebarang aktiviti luar kerana wabak ini cepat menular.
“Marilah kita semua berdoa agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani segera dan kita akan dapat meneruskan semula saingan bola sepak di negara kita ini dan juga aksi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa seperti biasa,” katanya.
Baca artikel lain mengenai penularan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan aktiviti bola sepak di seluruh negara Asia.
Iraq Buat Keputusan Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Vietnam Atas Faktor Isu Coronavirus
Kelab Liga Super China ‘Sangkut’ Di Sepanyol, Dua Bulan Tidak Pulang Kerana Coronavirus
Pemain Futsal Wanita Iran Meninggal Dunia Akibat Wabak Coronavirus