Howard Webb kini memantau rapi prestasi bekas rakan sejawatannya Mike Dean selepas beberapa isu kontroversi melibatkan VAR.
Baca Juga:
- Man. United vs Brentford: Marcus Rashford Pastikan Peminat United Bersahur Dengan Kemenangan
- Aksi Everton vs Tottenham Dihentikan Seketika, Beri Laluan Untuk Pemain Berbuka Puasa
- Man City vs Liverpool: Jack Grealish Arkitek Kebangkitan City
Masa depan Mike Dean sebagai pegawai perlawanan Liga Perdana Ingeris kini diragui selepas Liga Perdana menggugurkannya daripada tugas VAR selama dua bulan.
Mike Dean dianggap pengadil legenda dalam bola sepak Inggeris.
Di mana sepanjang kariernya selama 22 tahun menjadi pengadil perlawanan Liga Perdana Inggeris, Dean memperoleh reputasi sebagai salah seorang pengadil terbaik di dunia.
Pemain dan penyokong sama-sama mengiktiraf Dean kerana gayanya yang tegas tetapi adil. Dia juga seorang yang sangat santai di atas padang.
Walaubagaimanapun, bukan semua orang peminat Dean, dan beberapa kali prestasinya terkeluar daripada landasan ketika menjadi pengadil VAR musim ini.
Pengadil berusia 54 tahun itu meletak jawatan sebagai pengadil Liga Perdana Inggeris pada penghujung musim lalu, kerana dia mahu menjadi pembantu pengadil VAR.
Bagaimanapun, Dean belum dilantik untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris atau Piala FA selama dua bulan lalu. Kali terakhir dia menjadi pegawai VAR semasa aksi Leicester City menentang Tottenham Hotspur pada 11 Februari lalu.
Walaupun dia tidak melakukan sebarang kesilapan semasa menjadi pengadil perlawanan, namun dia telah menghadapi beberapa kontroversi musim ini.
Pada bulan Ogos, dia gagal untuk membuat penilaian ke atas insiden berpotensi kad merah terhadap pertahanan Tottenham, Cristian Romero kerana menarik rambut dengan cara ganas ke atas pertahanan Chelsea, Marc Cucurella.
🚨 Mike Dean's future as a VAR is in doubt after he was taken off selection in the Premier League with performance levels part of the decision. [ESPN] pic.twitter.com/5DrRDXKT9X
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 5, 2023
Spurs menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 daripada sepakan penjuru, sesuatu yang tidak akan berlaku sekiranya Dean menasihati campur tangan VAR dalam insiden itu.
Seterusnya, Dean gagal campur tangan apabila pemain Bournemouth, Jefferson Lerma sepatutnya dibuang padang di West Ham. Selain itu, Mike Dean juga gagal mencadangkan pemberian penalti kepada Wolves pada minit ketujuh, dalam kemenangan 2-0 Arsenal di Molineux.
Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Howard Webb telah melakukan beberapa penyingkiran VAR sejak dia menjadi ketua pengadil untuk Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) – organisasi yang mengawasi pengadilan dalam bola sepak Inggeris – pada bulan Disember.
Mike Dean's future as a VAR is in doubt after he was taken off selection in the Premier League for the past two months with performance levels part of the decision, sources have told ESPN.https://t.co/I35yptLEhb
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) April 5, 2023
Lee Mason dan Neil Swarbrick diberhentikan tugas selepas melakukan kesilapan pada Februari, dengan bekas pengadil itu meletak jawatan daripada peranan VAR enam hari kemudian.
Webb telah menjelaskan bahawa pegawai utama mesti bertanggungjawab terhadap pegawai mereka, dan sumber telah memberitahu ESPN bahawa ketiadaan Dean adalah berkaitan prestasinya di atas padang.
Boleh jadi Mike Dean adalah mangsa terbaharu usaha untuk meningkatkan tahap pengadilan VAR Liga Perdana Inggeris seperti mana dicanang oleh Howard Webb.
🚨 Mike Dean's future as a VAR is in doubt after he was taken off selection in the Premier League with performance levels part of the decision. [ESPN] pic.twitter.com/5DrRDXKT9X
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 5, 2023