Inter Milan kini berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan piala.

Kemenangan 5-0 oleh Nerazzurri ke atas Shakhtar Donetsk telah membantu mereka untuk ke final untuk menghadapi Sevilla.

Lautaro Martinez dan Romelu Lukaku adalah bintang utama dalam aksi separu akhir ini.

Kedua-dua pemain masing-masing menjaringkan dua gol untuk Inter Milan.

Lautaro Martinez menjaringkan gol pembuka pada minit ke-19 selepas menerima umpanan silang yang cantik. Penggempur antarabangsa Argentina, Martinez menanduk deras menewaskan Andriy Pyatov.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan hanya 1-0. Siapa sangka pada separuh masa kedua, Inter Milan membelasah teruk Shakhtar Donetsk.

D’Ambrossio meletakkan Inter Milan dua gol di hadapan pada minit ke-64.

Lautaro Martinez kemudian menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-74. Gol yang sangat cantik menuju ke sudut rendah gawang lawan.

https://twitter.com/i/status/1295533036889571329

Pada akhir babak perlawanan, ‘pentas’ pertandingan milik Lukaku. Penyerang antarabangsa Belgium itu menambah 2 gol lagi untuk menjadikan kedudukan 5-0 memihak kepada Inter Milan.

Gol gol Lukaku dijaringkan masing-masing pada minit ke-78 dan ke-83.

Lukaku kini memintas jumlah jaringan Lionel Messi untuk musim ini. Menjadikan musim ini sebagai musim terbaik dalam kariernya setakat ini.

Inter Milan akan bermain menentang Sevilla di pentas final pada 22 Ogos ini.

Antonio Conte benar benar berjaya membentuk pasukan Inter Milan yang lebih baik pada musim ini walaupun gagal untuk merampas kejuaraan Serie A.

Gandingan Lautaro Martinez dan Romelu Lukaku turut berjaya memberikan kegerunan kepada lawan.

Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca juga perkembangan lain

Barcelona Pecat Quique Setien

RASMI: Kevin De Bruyne Pemain Terbaik EPL 2019/20

UCL: Bayern Aibkan Barca Dengan Kemenangan 8-2