Faisal Halim telah berucap di depan penyokong Malaysia yang pergi ke Thailand.
Baca Juga:
- Mano Polking: Aksi Kedua Bertemu Malaysia Lebih Mencabar
- FIFA Puji Semangat Kesukanan Penyokong Malaysia
- Theerathon Bunmathan: Beraksi Di Liga Malaysia? Kenapa Tidak
Faisal Halim telah menjadi bintang utama Malaysia dalam Piala AFF 2022 kali ini. Dia turut diamanatkan tanggungjawab menjadi kapten dalam aksi separuh akhir kedua menentang Thailand.
Malaysia menang 1-0 pada aksi pertama dan tewas 0-3 di tangan Thailand pada aksi kedua. Thailand berpeluang mempertahankan kejuaraan mereka apabila menentang Vietnam dalam aksi final.
Selain daripada detik Ultras Malaya menyanyi untuk pemain pemain Thailand, satu lagi momen menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia adalah ketika Faisal Halim berucap di hadapan penyokong Malaysia.
Faisal: Ini pengorbanan kami demi negara
Faisal kelihatan agak sebak dan menyatakan bahawa pemain pemain yang ada dalam kempen Piala AFF 2022 kali ini telah berkorban masa dengan keluarga mereka demi negara.
Faisal Halim berkata: “Kami mengorbankan masa kami untuk negara. Kami semua berada di sini, tinggalkan keluarga, tinggalkan isteri, tinggalkan anak. Kami datang ke sini untuk kejayaan [pasukan kebangsaan].”
Seterusnya, penggempur baharu Selangor FC itu turut menyatakan bahawa, mereka berada di sana bukan kerana wang ringgit mahupun mengejar populariti.
Malah ada pemain yang baru menimang cahaya mata tidak dapat meluangkan masa bersama isteri mereka selepas melahirkan anak.
Selain itu, ada juga pemain yang baru bernikah tetap berada di pangkuan Harimau Malaya, semua itu pengorbanan demi pasukan kebangsaan.
“Perjuangan kami ikhlas bukan kerana wang ringgit, bukan kerana populariti, tetapi demi negara!”
“Safawi [Rasid] baru sahaja bernikah, namun dia sanggup datang ke sini untuk negara.”
“Walaupun malam ini saya diamanahkan menjadi kapten, namun Brendan [Gan], saya hormati dia sebagai ketua pasukan kita. ”
“Dia baru sahaja menimang cahaya mata, dan dia tetap bersama dengan kita berjuang untuk negara.”
https://youtu.be/pwNBBmcVl04
Dalam kenyataan berasingan kepada wartawan, Faisal Halim menyatakan bahawa dia mewakili rakan rakannya memohon maaf kepad seluruh rakyat Malaysia kerana gagal mara ke final Piala AFF 2022.
Dia akur kehebatan Thailand dan juga Vietnam yang menurutnya berada di kelas mereka tersendiri berbanding dengan pasukan lain dari rantau Asia Tenggara.
"Saya mohon maaf, kami jujur dengan perjuangan kami", Faisal Halim, Kapten Harimau Malaya. 😔
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 10, 2023