Thomas Tuchel sedia untuk hentikan Jorginho daripada tugasan penalti untuk membantu menyelesaikan masalah ketumpulan penyerang utama mereka.
Tuchel mengakui badi sumpahan penyerang Chelsea berada dalam bahaya akan terus tertanam dalam jiwa kelab.
The Blues masih aktif memantau penyerang dalam bursa pasaran untuk menggantikan Romelu Lukaku yang gagal selepas dibeli dengan nilai £100 juta – yang kini kembali ke Inter Milan secara pinjaman berikutan tempoh 12 bulan yang mengerikan di Stamford Bridge.
Lukaku dilihat tiada hati untuk kembali semula ke Chelsea dan mahu terus kekal di Inter selepas tempoh pinjaman tamat.
Tetapi hakikatnya ialah pemain antarabangsa Belgium itu hanyalah pemain terbaharu dalam barisan pembelian wang besar yang tidak dapat mengisi peranan sebagai penjaring gol Chelsea yang prolifik.
Sejak Didier Drogba meninggalkan kelab kali pertama pada 2012, Andryi Shevchenko, Fernando Torres, Alvaro Morata, Gonzalo Higuain, Timo Werner dan Lukaku semuanya telah bergelut untuk menjadi penyerang prolifik. Tidak seorang pun yang berjaya menjadi penjaring 20 gol liga semusim.
Ditanya sama ada ia kini sebahagian daripada badi yang melekat?
Jurulatih Jerman itu, yang dikaitkan dengan penyerang Barcelona dan bekas pemain seteru mereka, Arsenal – Pierre-Emerick Aubameyang, dengan sedih berkata: “Itu soalan yang sangat bagus…dan saya sukar untuk memberikan jawapan yang jelas.
“Tetapi kita perlu memastikan ini bukan satu ramalan kita semata mata untuk memuaskan diri kita dengan menjangkakan penyerang akan gagal.”
“Saya sudah bersedia untuk memperbaiki keadaan bersama Romelu. Saya bersedia untuk memberikan pemikiran baru, tenaga baru. Tetapi ia tidak menjadi. Kami mengalami tahun yang sukar dan mengecewakan dalam perkara ini dengan Romelu.”
“Kami mengharapkan lebih, dia turut mengharapkan lebih banyak dan saya mengharapkan lebih…daripada diri saya sendiri.
“Okay, kita bermula lagi. Tetapi, tetap, kita tidak sepatutnya mencipta ramalan kita sendiri yang menganggap bahawa penyerang seterusnya tidak akan berjaya.”
“Dan, sudah tentu, itu terpulang kepada saya untuk mencipta persekitaran dan pasukan yang mencipta peluang yang mencukupi untuk penyerang akhirnya mendapat sentuhan terakhir…dan menjaringkan gol!”
Satu penyelesaian kepada statistik penyerang yang lebih baik, menurut bekas bos Paris Saint German itu, adalah dengan meletakkan penyerang mereka dalam tugasan sepakan penalti.
Jadi, Tuchel sedia hentikan Jorginho daripada tugasan itu.
Satu cadangan yang serius untuk hentikan Jorginho, dan ianya benar benar dipertimbangkan Tuchel. Namun dia mengakui ianya kedengaran bodoh memandangkan rekod penalti Jorginho yang terlalu bagus.
Bahkan musim sebelum ini, Jorginho menjadi penjaring terbanyak di dalam liga untuk mereka dan ianya kerana penalti.
Pemain tengah Itali itu sudah menjaringkan satu gol musim ini – dalam kemenangan 1-0 di Everton.
“Mungkin kami perlu mengambil penalti daripada Jorginho, dan berikannya penyerang, ini kadangkala boleh meningkatkan jumlah gol mereka secara mendadak – jika anda memberi mereka lapan, sembilan, sepuluh penalti.”
“Tetapi kemudian siapa yang akan mengambil penalti daripada Jorginho.? Kami mahu menang akhirnya. Dia seorang penendang penalti yang hebat! ”
Dengan tarikh akhir jendela perpindahan semakin hampir, pilihan Chelsea untuk mendapatkan penyerang terkemuka semakin tipis.
Oleh itu, bekas penyerang Borussia Dortmund yang pernah bekerja di bawahTuchel, Aubameyang, 33, dikaitkan sebagai penyelesaian jangka pendek. Namun Barcelona dilaporkan tidak mahu menjual pemain itu kerana Xavi meletakkan nama Aubameyang sebagai pemain penting dalam projeknya.