Thomas Tuchel menyifatkan persembahan separuh masa pertama Chelsea menentang Real Madrid sebagai “salah satu yang paling teruk” yang dilihatnya setakat ini, dan mendakwa mereka boleh “dibelasah” di Bernabeu pada perlawanan akan datang.
Chelsea meletakkan diri mereka dalam masalah selepas tewas 3-1 pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid.
Karim Benzema mencatat hatrik kedua berturut-turut dalam pertandingan itu selepas menghancurka hati PSG pada pusingan sebelumnya.
Dua gol pertamanya dihasilkan menerusi tandukan yang sangat cantik. Dan gol ketiga berpunca daripada kesilapan penjaga gol Chelsea yang mengejutkan.
Edouard Mendy dan Antonio Rudiger kedua-duanya gagal menangani bola dalam keadaan penuh kekalutan. Hantaran buruk daripada Mendy ditambah lagi dengan cabaran lemah daripada Rudiger untuk membolehkan Benzema memenangi bola dan menolaknya ke gawang terbuka.
Kai Havertz berjaya menjaringkan gol saguhati sebelum gol ketiga Benzema. Tuchel mengakui defisit 3-1 ke Bernabeu adalah satu tugas yang sukar untuk mereka ketika ini.
◉ First time a player has scored a Champions League hat-trick against Chelsea
◉ First time Real Madrid have beaten Chelsea
◉ First time Thomas Tuchel has lost to Real Madrid
Wow. #UCL pic.twitter.com/G9wj4N4q3d
— Squawka (@Squawka) April 6, 2022
Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Tuchel berkata: “Ia adalah satu kekalahan yang besar. Ia adalah salah satu babak pertama yang paling teruk yang saya lihat daripada kami di sini di Stamford Bridge.”
“Secara individu dan sebagai satu pasukan ia setakat ini tidak mencukupi. Ia jauh daripada standard kami dan kemudian anda kalah dalam perlawanan ini.”
“Hantaran, di mana kami menghantar bola, bagaimana kami menghantar bola, ketika kami menyerang, permainan penguasaan bola… separuh masa pertama adalah jauh dari mana-mana standard yang kami tetapkan sendiri sehingga kami tidak boleh mengeluh apabila kami kalah.”
“Kami mempunyai 16 percubaan pada separuh masa kedua. Anda sentiasa boleh bangkit dan memenanginya tetapi apabila anda sendiri yang membunuh permainan anda sendiri selepas 45 minit ia lebih sukar dan lebih sukar.”
Penemubual BT Sports Des Kelly kemudian mendakwa Tuchel kelihatan “sedih”.
Komen itu muncul apabila Kelly menyatakan bahawa perlawanan masih belum berakhir dengan Chelsea masih perlu pergi ke Bernabeu untuk perlawanan kedua.
Tetapi Tuchel tidak mempedulikan komen itu. Pengurus asal Jerman malah menegaskan bahawa fokus mereka sekarang bukan Real Madrid tetapi Southampton. Ini kerana aksi berdepan Southampton akan berlangsung hujung minggu ini.
Tuchel memberikan amaran kepada pemain pemainnya, jika mereka beraksi buruk seperti itu lagi, mereka akan kalah di tangan Southampton dan kemudian dibelasah Real Madrid dalam aksi timbal balik.
“Tidak, kita tidak perlu pergi ke Madrid dahuku. Kami perlu pergi ke Southampton [perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hari Sabtu] dan sangat penting untuk memprosesnya.”
“Adalah penting kami pergi ke Southampton. Jika kami terus bermain seperti ini, kami akan kalah di Southampton dan kemudian kami akan dibelasah di Bernabeu.”
Kekalahan itu adalah kali kedua Chelsea tewas berturut-turut di tempat sendiri di bawah kendalian Tuchel selepas tewas 4-1 kepada Brentford hujung minggu lalu.
Ia juga menandakan kali pertama Chelsea melepaskan tiga atau lebih gol dalam perlawanan di tempat sendiri berturut-turut sejak Oktober 2012.
"If we keep on playing like this we will lose in Southampton and then we don't need to think about the Bernabéu – we will get hammered in Bernabéu."
Thomas Tuchel isn't mincing his words this evening 😡
🎙 @TheDesKelly | #UCL pic.twitter.com/vMo33viXQz
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 6, 2022