Pengurus The Blues tidak gembira dengan aksi kurang konsisten N’golo Kante pada musim ini ditambah dengan masalah kecederaan yang kerap. Lebih lebih lagi Kante merupakan pemain penting pasukannya.
Di hadapan wartawan, Thomas Tuchel turut mendedahkan bahawa N’Golo Kante kini sedang berpuasa untuk Ramadan, yang dia percaya boleh menjadi penjelasan kepada kemerosotan prestasi pemain tengah Chelsea itu baru-baru ini.
Kante digantikan pada separuh masa pertama buat kali pertama dalam kariernya pada malam Rabu lalu, ketika Chelsea tewas 3-1 menentang Real Madrid pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Tuchel berpendapat bahawa keputusan itu adalah atas alasan taktikal. Dan mengakui bahawa Kante telah bergelut untuk mencapai tahap terbaiknya sepanjang kempen 2021-22 sambil bertarung dengan beberapa kecederaan dan pulih daripada Covid-19.
Tuchel merasakan bahawa kekurangan pengambilan makanan boleh menjadi punca aksi tak konsisten Kante,.
Sebagai seorang Muslim yang taat, Kante antara pemain yang berpuasa, tidak makan atau minum pada waktu siang sehingga Ramadan berakhir pada 1 Mei.
Ditanya sama ada tuntutan bola sepak liga teratas menyukarkan Kante sekarang apabila dia berusia 31 tahun, Tuchel memberitahu wartawan:
“Sejujurnya saya tidak menjawab soalan itu. Satu perkara sangat jelas, N’Golo adalah pemain utama dengan kualiti yang luar biasa, kualiti yang unik. Bagi pasukan lain, mungkin kualiti itu ada beberapa penyerang atau pertahanan tengah.”
“Bagi kami ia adalah N’Golo, pemain unik yang boleh memberikan sesuatu kepada pasukan yang tiada siapa mampu. Dia bergelut musim ini dengan konsisten kerana kecederaan, kerana sakit.”
“Ini juga merupakan sebab untuk sedikit aksi tak konisten kami – sudah tentu. Kami merasai kehilangan aksinya dalam terlalu banyak perlawanan [dia tidak dapat beraksi] jika anda melihat pada minit yang dia boleh bermain.
“Ketika ini dia berpuasa kerana tuntutna agama dan kepercayaannya. Mungkin itu antara sebab lain [yang mempengaruhi prestasinya]. Ini bukan kali pertama dia tidak makan di siang hari berhari-hari [pada bulan Ramadan], namun itu boleh memberikan kesan kepada prestasinya.”
Thomas Tuchel suggests N'Golo Kante's dip in form could be influenced by the fact he's fasting for Ramadan. pic.twitter.com/WhEFKe8QeJ
— GOAL (@goal) April 8, 2022
“Dia sudah terbiasa dengannya tetapi ya, mungkin ia juga sebahagian daripada penjelasan mengapa kami merasakan dia tidak berada pada tahap tertingginya jika anda bandingkan tentang tahap pengaruhnya dalam aksi terakhir menentang Real Madrid.”
“Ini juga bukan perkara yang perlu dimalukan atau simpati. Kami akan cuba menyokongnya, cuba membantunya kerana kami tahu kekuatan yang kami miliki ketika dia berada di atas padang.”
Kante akan tersedia untuk aksi Chelsea ke Southampton pada hari ini. Namun sudah tentunya dia akan bermain dalam keadaan berpuasa sekali lagi.
Berbeza dengan Brendan Rodgers yang beberapa minggu lalu menganggap prestasi Wesley Fofana sangat luar biasa ketika dia berpuasa.
Brendan Rodgers: “Wesley Fofana has just started his Ramadan. He hasn't eaten or drunk anything all day. Seeing him play like that shows what a top player he is.” pic.twitter.com/1EWPDlqYer
— Zach Lowy (@ZachLowy) April 2, 2022