Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata ianya adalah misi mustahil untuk Chelsea mengelak daripada tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah. Beliau menyatakan ketidakyakinannya menjelang pertemuan kedua menentang Real Madrid.
Tetapi Tuchel segera mengingatkan para pemainnya agar tidak berhenti bermimpi untuk mencipta kejutan.
Tuchel menganggap Chelsea berada dalam situasi sukar kerana prestasi buruk dalam perlawanan pertama mereka.
Dalam aksi pertama di Stamford Bridge, Karim Benzema menjaringkan hatrik ke atas juara bertahan itu. Untuk mencipta kemenangan 3-1.
Chelsea memberikan respon sangat baik terhadap kekalahan itu apabila mereka menewaskan Southampton 6-0 dalam Liga Perdana Inggeris.
Manakala Madrid kekal di landasan terbaik untuk menjadi juara LaLiga selepas menang 2-0 ke atas Getafe.
Tuchel sebelum ini sudah menyatakan bahawa, jika Chelsea gagal memberikan respon segera pada aksi berdepan Southampton, beliau risau pasukannya akan lunyai dibelasah di Bernabeu.
Namun selepas kemenangan dicipta, ianya memberikan harapan dan semangat yang diperlukan dalam usaha mereka mahu bangkit.
The Blues, yang akan kehilangan pemain termahal mereka, Romelu Lukaku kerana kecederaan.
Tuchel kekal realistik tentang peluang mereka agak tipis. Namun pengurus asal Jerman itu berharap pasukannya dapat memberikan tentangan lebih daripada yang mereka lakukan di London minggu lalu.
Dia berkata: “Ia adalah salah satu cabaran terbesar untuk beraksi sebagai pasukan pelawat di Bernabeu. Jika anda perlu menang dengan sekurang-kurangnya dua gol, ia amat sukar, hampir mustahil. Kami perlu melakukan lebih baik.”
Thomas Tuchel asked if Chelsea still have a chance against Real Madrid in the second leg. pic.twitter.com/hP20Fo35FZ
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) April 7, 2022
“Kami tidak mencipta banyak peluang pada perlawanan pertama. Namun kami juga tidak mengendalikan input dan usaha kami, serta kepercayaan kami kepada peluang yang kami miliki untuk mendapatkan hasil terbaik.”
“Ianya nampak mustahil tetapi kami akan cuba, kami akan bermain hingga sehingga ke wisel penamat. Ia adalah malam yang besar serta perlawanan yang besar dan kami akan cuba berada dalam keadaan yang lebih baik daripada pada perlawanan pertama.”
“Semuanya masih ada kemungkinan dalam bola sepak, namun marilah kita realistik – ianya adalah Bernabeu, dan ada penyokong mereka di sana, dan lawan kami sangat berbeza hari ini. Cara terbaik adalah bersiap sedia.”
Thomas Tuchel:
"Everything is still possible in football, but let's be realistic – it is still Bernabeu and there is still a crowd there and an opponent very different today. But it is the best way to prepare."
[via @Football_LDN]
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) April 10, 2022
Tuchel berkata Chelsea seharusnya berada dalam keyakinan tertinggi selepas membelasah Southampton sebelum ini.
“Kami memerlukan senario yang hebat,” katanya.
“Sekarang kita berjaya mendapatkan keputusan yang kita mahukan [menang lawan Southamtpon] kerana saya yakin ianya akan menaikkan semangat semua pemain. Tetapi ini tugasan sangat besar.”
“Kami sentiasa bersedia untuk menghadapi mana mana pertandingan, kami cukup kompetitif, dan kami akan cuba menang perlawanan dan lihat apa jadi lepas tu.”
“Tugas itu sangat sukar selepas perlawanan pertama. Anda sentiasa perlu bermimpi dan kadangkala penting untuk membayangkan dan mengimpikan sesuatu.”
“Everything is still possible, but let's be realistic. It is still Bernabeu and there is a crowd and an opponent very different to Southampton. The task is huge. We are always up for a competition, we will try to win."
– Thomas Tuchel on Real Madridhttps://t.co/KkzgHavPcs pic.twitter.com/UuLg7fMQR2
— Simon Phillips (@siphillipssport) April 11, 2022
“Tetapi itu tidak mengubah hakikat bahawa kita perlu bersedia untuk merealisasikannya.
“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh, ia berbaloi untuk mencuba. Mudah-mudahan kami dapat merealisasikan impian kami, tetapi kami juga perlu bersikap realistik sedikit.”
Adakah Chelsea akan berjaya melepasi tugasan yang dianggap Tuchel sebagai mustahil ini?