Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui pasukannya sedang bergelut dengan prestasi selepas kekalahan di tangan Manchester City.
Chelsea kalah 0-2 di tangan City dalam aksi EPL dalam aksi yang mempertemukan 2 pasukan pesaing kejuaraan.
Dan ianya telah memberikan impak kepada prestasi semasa pasukan juara eropah itu.
Selepas kekalahan tersebut, Chelsea keciciran mata ketika menentang Brighton dengan keputusan seri 1-1.
Buat masa ini, prestasi Chelsea agak membimbangkan. Tuchel mengakui permainan Chelsea ketika diikat Brighton sangat mengecewakan.
Skuadnya kehilangan konsentrasi, tidak bermain sebaiknya seperti yang mereka selalu lakukan.
“Setelah kekalahan dari Man City dan jurang mata sangat terbuka. Lalu kami bermain lagi dua hari setelahnya, saya dapat melihat dan merasakan bahawa ada emosi yang mengganggu kami,” tegas Tuchel.
“Bukannya dalam beberapa perlawanan [kami beraksi buruk], cuma menentang Brighton.”
Thomas Tuchel on recent form:
"Not for a couple matches, just for Brighton. After the loss vs Man City and playing two days later, I could see, feel, from myself and the team that emotions took over. Maybe frustration, disappointment, it was hard for us to reach top level…"
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) January 21, 2022
“Mungkin itu rasa pasrah, mungkin kekecewaan, tapi sulit bagi kami untuk mencapai tahap tertinggi pada setiap hari seperti itu.”
Walaupun mengakui emosi para pemainnya terganggu kerana kekalahan di tangan City, namun Tuchel tidak mahu memperbesarkan perkara itu. Kerana menurutnya Chelsea harus fokus kepada aksi seterusnyta dalam jadual liga yang sangat padat.
“Anda tidak perlu membesar-besarkannya. Kami telah berehat selama dua hari dan sekarang ada dua hari lagi untuk bersiap perlawanan untuk Ahad.”
Tuchel sebelum ini menyatakan bahawa, pasukannya keletihan secara mental dan fizikal. Itu juga telah memberikan impak kepada prestasi mereka.
Chelsea's 1-1 draw at Brighton left them with just one win in seven Premier League games.
— BBC Sport (@BBCSport) January 19, 2022
Chelsea akan berdepan dengan Spurs dalam kunjungan semula Antonio Conte ke Stamford Bridge.