Arsenal melebarkan pendahuluan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris kepada 8 mata.

Baca Juga:

Arsenal benar benar menggerunkan ketika ini dengan prestasi cemerlang dan lebih sempurna apabila mereka mencipta kemenangan dalam derbi utara London di Tottenham selepas Man City keciciran mata sehari sebelumnya.

The Gunners memanfaatkan sepenuhnya kekalahan Manchester City di Manchester United pada hari Sabtu dengan persembahan yang mengagumkan pada separuh masa pertama dan beraksi kental selepas rehat untuk meraih tiga mata penting.

Arsenal di hadapan selepas kesilapan penjaga Spurs Hugo Lloris apabila dia menepis hantaran lintang Bukayo Saka ke gawangnya sendiri selepas 14 minit.

Keadaan menjadi lebih baik buat Arsenal apabila kapten Martin Odegaard melakukan percubaan cantik untuk gol kedua.

Spurs, begitu lemah pada separuh masa pertama, namun masi mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Malangnya buat Spurs apabila, penjaga gol pelawat, Aaron Ramsdale dalam prestasi terbaik untuk menafikan beberapa peluang besar Spurs.

Tamat perlawanan Spurs 0 Arsenal 2. Selepas wisel penamat berlaku insiden  di mana Richarlison melempang Aaron Ramsdale dan kemudian seorang penyokong Spurs cuba menyepak penjaga gol Arsenal tersebut.

https://twitter.com/RyanTaylorSport/status/1614691049925902336

Kemenangan ini meletakkan Arsenal kini 8 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Arsenal berpeluang sangat cerah untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka pada musim ini.

Fokus mereka seterusnya adalah pertemuan yang melibatkan 2 pasukan dalam prestasi terbaik iaitu Manchester United diikuti aksi Piala FA menentang Manchester City.