Todd Boehly mahu pinjam wang daripada bank di Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini.

Baca Juga:

Todd Boehly sudah berbelanja lebih £1 billion untuk beli pemain di Chelsea dan kini dia terus mahukan dana tambahan untuk mendapatkan lebih ramai bintang untuk kelab itu.

Chelsea sebelum ini sudah memecahkan rekod perpindahan Inggeris untuk pemain tengah termahal sebanyak 2 kali menerusi pembelian Enzo Fernandez dan kemudian Moises Caicedo.

Caicedo Chelsea
Kredit Foto: chelseafc.com

Selain Caicedo, nama lain yang turut tiba di Chelsea musim panas lalu ialah Christopher Nkunku, Romeo Lavia, Axel Disas, Nicolas Jackson dan Cole Palmer.

Menurut laporan oleh Bloomberg, Todd Boehly kini sedang berusaha untuk pinjam wang daripada institusi kewangan di Amerika Syarikat untuk menampung dana yang diperlukan.

Ianya selepas dia mendengar nasihat daripada Bank Of America yang mencadangkan dia membuat pinjaman sekitar £250 juta lagi untuk memgukuhkan kewangan kelab itu.

Sebelum ini Todd Boehly sudah membuat pinjaman sekitar £500 juta daripada firma Ares.

Todd Boehly sebelum ini mendengar Mauricio Pochettino mahukan sekurang kurangnya 2 pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang terutama sekali penyerang no.9.

Masalah utama yang seringkali diutarakan Pochettino adalah gol yang tak cukup banyak dicetak oleh Chelsea walaupun deretan peluang yang mereka cipta.

Chelsea menghidu peluang untuk mendapatkan pemain seperti Osimhen, namun sedar pemain itu tidak murah. Pochettino sebelum ini sudah meberitahu projek dia di Chelsea adalah membina semula dari bawah.

Ianya akan mengambil sedikit masa untuk membuahkan hasil.

Pochettino menegaskan Chelsea pada ketika ini berada di landasan yang tepat dalam proses mereka membina DNA bola sepak yang baharu di bawah kendaliannya.