Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sempat berkongsi keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sedang dalam proses penukaran kepada rumput jenis Zeon Zoysia.
Baca Juga:
- Ini Komen TMJ Selepas Kedah Ikat JDT 3-3
- TMJ: Tukar Padang Lebih Murah Daripada Beli Pemain Import
- TMJ: Fasiliti Kita Akan Ketinggalan Jika Tidak Tukar Padang
“Saya tidak bercakap, saya menang dan saya laksanakan,” tulis TMJ dalam bahasa inggeris menerusi laman instagram sambil memaparkan keadaan padang di SNBJ kelmarin.
Difahamkan padang baharu di stadium tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2023.
SNBJ bakal menjadi antara 4 buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Proses penggantian rumput ini menelan kos berjumlah RM2.3 juta dan ditaja oleh TMJ sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia stadium nasional sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia. (1/2) pic.twitter.com/iFSPBX0TnT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 18, 2023
Rumput lembu atau jenis ‘Cowgrass’ tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden. Ia mempunyai akar yang pendek dan daun besar serta lembut sekaligus menyebabkan bola melantun setiap kali melakukan hantaran.
Penggunaan rumput ini pernah dikritik oleh ketua jurulatih UAE, Bert Van Marwijk ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 tahun lalu. Beliau menyifatkan rumput jenis ini terlalu tebal dan menyukarkan pemainnya untuk membuat hantaran dengan lancar.
Selain itu, TMJ juga sebelum ini menegaskan Malaysia akan terus ketinggalan dalam segi fasiliti jika tidak tukar padang bagi memenuhi standard antarabangsa.
“kita perlu fikir dalam sudut lebih besar iaitu pasukan kebangsaan adalah keutamaan kerana kita ada pertandingan-pertandingan yang mana saya rasa kita ada harapan boleh pergi jauh, jadi kalau kita tak tukar padang sekarang dan jaga kualiti fasiliti kita akan ketinggalan,” jelas TMJ ketika sidang media pada 18 Mac lalu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada beberapa stadium di Malaysia yang berminat menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia namun kos penyelenggaraan ditanggung oleh kerajaan negeri.