Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menegaskan satu forum perlu diadakan melibatkan semua pemilik dan CEO kelab Liga Malaysia demi kemajuan bola sepak negara.
Baca Juga:
- TMJ Syaki Selangor Dapat ‘Bantuan Istimewa’ Kutip Mata Maksimum
- TMJ: Kejohanan Eropah Macam Serie A Pun Ada Bakar Suar
- TMJ: Latihan Berkualiti Lebih Penting Daripada Minit Permainan
Menerusi satu hantaran di laman instagram story, TMJ berkata forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan para penyokong bola sepak tempatan bertanya apa-apa soalan di hadapan pemilik dan CEO kelab itu sendiri.
“Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan tentang industri bola sepak negara. Saya juga berharap agar forum bola sepak bersama pemilik pemilik kelab dan CEO dapat diteruskan demi hak penyokong-penyokong bola sepak tanah air.
“Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan. Jangan kita sembunyi di belakang surat.
“Bersemuka dengan penyokong adalah cara yang terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang “penakut”. Yang terakhir walau apa pun dilontarkan bertahun-tahun,” kata TMJ.
Cadangan TMJ itu turut disambut baik oleh para pengamal media yang bersedia menyiarkan secara langsung forum terbuka tersebut untuk tontonan para peminat bola sepak tempatan.
Menjunjung kasih Tunku kerana memilih @tv3malaysia sebagai penyiar rasmi. 🤭 https://t.co/uoNZPsPcbH
— Hazreen Mubarak (@hazreenmubarak) April 16, 2023
Persatuan Penulis2 Sukan Msia sedia realisasikan Forum ni… https://t.co/oOuHBhug5X
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) April 16, 2023
Live on @ASTROARENA guys 💪💪😁 https://t.co/NHFL2gWLN3
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) April 16, 2023
Malah, ada juga yang berpendapat ia cadangan yang menarik untuk membolehkan para penyokong berkongsi idea bersama para pemilik kelab dalam usaha memperbaiki kualiti Liga Malaysia.
@HRHJohorII ..idea yg menarik utk educate pemilik2, ceo kelab bolasepak liga malaysia.. Share core values as one force for benefit of our malaysian football.. Dreaming to World Cup? Perhaps, this move might be the first step..Who knows? Selamat berpuasa Ramadhan Al-Kareem..
— shah_perlis (@shah_perlis) April 17, 2023
Isu melibatkan perkara luar padang sering menjadi bualan hangat di media sosial musim ini.
Sebelum ini, TMJ menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pemilik kelab bola sepak lain agar memeriksa kewangan pasukan JDT.
TMJ berkata demikian setelah ada dakwaan oleh salah seorang pengguna laman media sosial Twitter yang mendakwa ada kontraktor membayar gaji pemain JDT.
Tuduhan ini mendapat respon TMJ dan beliau menjemput mana-mana pihak agar melakukan audit ke atas kewangan pasukannya.
Itu sebabnya diadakan forum terbuka agar para penyokong boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan status kewangan pasukan masing-masing sekaligus mendapatkan jawapan dan fakta yang tepat.