Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberikan komen mengenai permukaan padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas ada bahagian yang tertanggal semasa aksi Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang India baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Ramai pihak yang mahu melihat pasukan negara beraksi di atas padang yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia. Akan tetapi, permukaan padang yang tidak rata serta ada beberapa bahagian yang tertanggal nyata menimbulkan persoalan di kalangan peminat.

TMJ
Sumber Gambar: Scoop

Menurut TMJ, oleh kerana baru sahaja siap, padang itu sepatutnya diberikan lebih masa agar akar rumput menjadi kuat sebelum digunakan untuk aksi kompetitif seperti aksi Pestabola Merdeka.

“Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium.

“Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” katanya.

Pada aksi semalam, Malaysia berjaya menundukkan India dengan keputusan 4-2 hasil jaringan daripada Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim dan Corbin-Ong sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir untuk bertemu Tajikistan pada Selasa ini bagi merebut trofi Pestabola Merdeka 2023.