Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mencadangkan agar satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga Malaysia untuk kemajuan bola sepak negara.
Baca Juga:
- TMJ Kongsi Keadaan Semasa Safawi Rasid Di Thailand
- TMJ: Latihan Berkualiti Lebih Penting Daripada Minit Permainan
- TMJ: Kontraktor Bayar Gaji Pemain? Sila Audit Dan Periksa Kewangan JDT
Beliau berkata demikian menerusi laman twitternya ketika menjawab soalan daripada peminat mengenai ciapan pendedahan gaji Arif Aiman yang dilaporkan lebih rendah daripada pemain tempatan yang lain.
Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan para penyokong bertanya apa-apa soalan mengenai perkembangan pasukan mereka.
“Apa susah, kita adakan satu forum terbuka secara langsung antara pemilik dan CEO kelab yang lain dimana penyokong boleh tanya apa-apa sahaja soalan secara terbuka.
“Di forum ini semua pemilik, CEO boleh menjawab dengan fakta dan bukti. Habis cerita. Ada berani?,” tulisnya.
Haha… Apa susah. Kita adakan satu open forum terbuka live antara pemilik2 dan CEO club yg lain dimana penyokong2 boleh tanya apa2 sahaja soalan secara terbuka. Di forum ini semua pemilik2, CEO boleh menjawab dengan fakta dan bukti. Habis cerita. Ada berani? https://t.co/HTwLR2iV4U
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 16, 2023
Cadangan TMJ itu turut disambut baik oleh para pengamal media yang bersedia menyiarkan secara langsung forum terbuka tersebut untuk tontonan para peminat bola sepak tempatan.
Menjunjung kasih Tunku kerana memilih @tv3malaysia sebagai penyiar rasmi. 🤭 https://t.co/uoNZPsPcbH
— Hazreen Mubarak (@hazreenmubarak) April 16, 2023
Persatuan Penulis2 Sukan Msia sedia realisasikan Forum ni… https://t.co/oOuHBhug5X
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) April 16, 2023
Live on @ASTROARENA guys 💪💪😁 https://t.co/NHFL2gWLN3
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) April 16, 2023
Malah, ada juga yang berpendapat ia cadangan yang menarik untuk membolehkan para penyokong berkongsi idea bersama para pemilik kelab dalam usaha memperbaiki kualiti Liga Malaysia.
@HRHJohorII ..idea yg menarik utk educate pemilik2, ceo kelab bolasepak liga malaysia.. Share core values as one force for benefit of our malaysian football.. Dreaming to World Cup? Perhaps, this move might be the first step..Who knows? Selamat berpuasa Ramadhan Al-Kareem..
— shah_perlis (@shah_perlis) April 17, 2023
Isu melibatkan perkar luar padang sering menjadi bualan hangat di media sosial musim ini.
Sebelum ini, TMJ menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pemilik kelab bola sepak lain agar memeriksa kewangan pasukan JDT.
TMJ berkata demikian setelah ada dakwaan oleh salah seorang pengguna laman media sosial Twitter yang mendakwa ada kontraktor yang membayar gaji pemain JDT.
Tuduhan ini nyata mendapat respon dari TMJ dan beliau menjemput mana-mana pihak agar melakukan audit ke atas kewangan pasukannya.