Baki dua perlawanan terakhir Liga Super 2022 yang bakal diharungi oleh tiga pasukan iaitu Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan ibarat final kerana sebarang keputusan akan menentukan peluang mereka rebut dua slot ke Piala AFC 2023.
Baca Juga:
- KL City Berpeluang Ke Pusingan Kelayakan ACL 2023
- AFC Bercadang Batalkan Saingan Piala AFC Zon Asean
- KL City vs Sogdiana: Skuad Warga Kota Mara Ke Final Piala AFC
- Tempat Ketiga Liga Super Berpeluang Dapat Slot Piala AFC 2023
Seperti yang kita semua dimaklumkan, Liga Malaysia telah diberikan slot 1+2 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga tahun 2023. Ia terdiri daripada satu slot automatik ke AFC Champions League (ACL) dan dua slot ke Piala AFC (AFC Cup).
Pemenang Piala FA untuk musim 2022 diberikan slot ke Piala AFC 2023. Memandangkan JDT selaku juara Piala FA 2022 telah dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini maka satu slot Piala AFC 2023 diberikan kepada pasukan yang menghuni tempat ketiga Liga Super 2022.
Satu lagi slot Piala AFC 2023 menjadi milik naib juara Liga Super musim ini manakala JDT bakal membuat penampilan kali keempat di AFC Champions League (ACL)selepas mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.
Berdasarkan kedudukan terkini Liga Super, Sabah yang berada di tangga kedua hanya dipisahkan dengan 1 mata dengan dua pencabar terdekat, Terengganu di tangga ketiga dan Negeri Sembilan di tangga keempat yang terikat dengan jumlah mata yang sama (38 mata).
Namun begitu, Negeri Sembilan tewas dari segi perbezaan jaringan jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu. Hanya pasukan yang konsisten mengutip 3 mata dalam baki perlawanan ini sahaja berpeluang cerah dapat tiket beraksi di pentas Asia tahun depan.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20#LigaSuper2022 pic.twitter.com/oHuAdldVeo
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Bagaimanapun, tiga pasukan ini berdepan tugas sukar kerana dua lawan terakhir yang ditemui oleh mereka bukanlah mudah untuk dikalahkan.
Sabah dijadualkan bertemu Sri Pahang malam ini dan juara Liga Super, JDT pada hari sabtu, manakala Terengganu akan menentang finalis Piala AFC 2022, KL City dan Kedah Darul Aman. Negeri Sembilan pula dijadualkan bertemu Melaka United serta Sri Pahang.
Pasukan manakah yang akan mendapat tiket ke Piala AFC tahun depan? Ianya semakin sengit dan menarik untuk disaksikan oleh seluruh peminat bola sepak tempatan.