Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bengang dan berkata kedua-dua gol Tottenham sepatutnya dibatalkan dalam keputusan seri di Stamford Bridge.
Dalam perlawanan tersebut dua kali Antonio Conte dan Thomas Tuchel bertengkar dan kedua-duanya menerima kad merah dalam perlawanan derbi London di Stamford Bridge.
Walaupun Tuchel menganggap kontroversi berjabat tangan dengan Conte itu sebagai perkara remeh, namun dia telah menyindir Spurs bahawa hanya ada satu pasukan yang berhak menang iaitu Chelsea.
Namun Tuchel dengan berani menyalahkan pengadil sebagai punca kenapa Chelsea tak menang. Thomas Tuchel bengang kerana pengadil mengesahkan kedua dua gol Spurs yang pada pandangannya adalah tidak ‘bersih’.
TUCHEL VS CONTE: ROUND TWO!!! 🤬🤬 pic.twitter.com/XhWuOU4fwD
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 14, 2022
“Saya perlu katakan kedua-dua gol [Spurs] tidak sepatutnya diberikan. Ia hanya satu pasukan yang layak menang dan itu adalah kami. Saya berasa kesal untuk pasukan saya mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya,” kata Tuchel.
“Ia adalah satu kekasaran yang jelas terhadap Kai Havertz dalam pembinaan [untuk gol pertama Tottenham], satu kesalahan yang jelas.”
“Kami mempunyai satu kesalahan taktikal daripada [Reece] James yang mendapat kuning. Saya tidak tahu berapa banyak kesalahan taktikal Hojbjerg dan Bentancur lakukan hari ini.”
“Keadaan itu berlarutan, dan ia jelas ofsaid pada kedudukan Richarlison. Dia berada dalam garisan arah bola. Dia juga pergi ke bola, jadi Mendy tidak dapat melihat bola. Mereka menyemaknya, itu adalah ofsaid yang jelas.”
Tuchel juga mengkritik gol kedua Spurs. Di mana Harry Kane menjaringkan gol pada lewat masa kecederaan. Di mana sebelum gol itu, Cristian Romero kelihatan menarik Marc Cucurella ke tanah dengan rambutnya. Pengadil memeriksa VAR, sama ada Romero berhak mendapat kad merah.
Namun VAR mendapati tiada kesalahan dan kemudian Spurs menyamakan kedudukan. Tuchel berpendapat bahawa pasukan berhak mendapatkan sepakan percuma.
📸 – Before the corner from which Kane scored, there was a VAR check for a possible red card for Romero who pulled Cucurella down with his own hair. pic.twitter.com/MjbenObvWo
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) August 14, 2022
“Dan sejak bila kamu dibenarkan menarik rambut pemain lain di atas padang bola? Bila tu? Jadi kita [sudah pun] periksa dan tiada apa yang berlaku? Ia tidak masuk akal.”
Mengenai pertengkaran kedua dengan Conte, Tuchel menambah: “Apabila anda berjabat tangan, saya fikir kami melihat mata satu sama lain tetapi kami mempunyai pendapat berbeza jadi ia beremosi,” katanya.
“Dia gembira apabila mereka menyamakan kedudukan dan ia menjadi sedikit panas tetapi tiada apa yang harus diperbesarkan. Kami berdua mendapat kad merah? Ia tidak perlu. Tetapi banyak perkara tidak perlu. Satu lagi keputusan buruk daripada pengadil hari ini.”