Pemain pertahanan tinggi lampai dari skuad akademi Ipswich Town, Elkan Baggott nampaknya sudah membuat pilihan bagi menyumbangkan tenaga bersama skuad Indonesia U19 berbanding Thailand.

Pemain kacukan England-Indonesia berusia 18 tahun, Elkan Baggott menjadi rebutan antara dua pasukan iaitu Indonesia dan Thailand dimana keduanya mahu Elkan untuk membarisi skuad kebangsaan masing-masing.

Pemain pertahanan tengah yang mempunyai ketinggian 1.94 meter itu beraksi bersama skuad B-18 tahun kelab EFL League One, Ipswich Town. Oleh kerana dilahirkan di Thailand dan mempunyai ibu dari Indonesia, kedua-dua negara berebut untuk mendapatkan khidmat Elkan.

Dalam satu sesi temubual rasmi pertama Elkan Baggott bersama PSSI yang disiarkan disaluran Youtube rasmi, beliau menyatakan bahawa punca utama dia memilih untuk beraksi dengan skuad Indonesia adalah kerana hubungan serta ahli keluarga terdekat yang ramai di Jakarta, selain mahu mewakili negara asal ibunya.

resize

Apa yang menarik, dalam temubual tersebut juga Elkan Baggott ada menyatakan beliau cuba untuk beraksi seperti pemain pertahanan tengah Liverpool, Virgil Van Dijk yang juga idola semasa beliau dimana Rio Ferdinand adalah rujukannya sebelum ini!

Rio Ferdinand?

Namun, ada juga yang melihat keputusan Elkan Baggott ini sebenarnya lebih tertumpu kepada skuad Indonesia yang sememangnya layak secara automatik selaku tuan rumah kejohanan Piala Dunia U20 2021 berbanding Thailand yang sah tidak layak ke kejohanan tersebut.

Tetapi, tiada salahnya tindakan tersebut kerana semua keputusan adalah ditangan beliau sendiri dan berhak atas perkara tersebut walau apa sekalipun yang dikatakan oleh netizen.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Vietnam ‘Gelabah’ Hilang Kelebihan Selepas Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda

Ini 4 Perkara Utama Yang Akan Dilakukan Oleh Luqman Hakim Setibanya Di Belgium

Ada Pihak Mula ‘Panas Bontot’ Selepas Isu ‘Double Contracts’ Pemain Jadi Bualan Hangat