Kelab dari Arab Saudi, Al Hilal melakar sejarah baharu apabila apabila muncul sebagai juara AFC Champions League 2019 selepas menewaskan kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds 2-0 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Saitama.

Sebelum itu, Al Hilal telah memenangi perlawanan akhir pertama di tempat sendiri, 1-0 hasil jaringan daripada pemain skuad kebangsaan Peru, Andre Carrillo.

Dengan agregat 3-0, ianya sekaligus mengesahkan Al Hilal telah memenangi trofi tersebut buat kali pertama sejak kejohanan itu diwujudkan pada tahun 2002 dan ketiga dalam kejuaraan perdana benua itu selepas muncul juara Kejohanan Kelab Asia pada 1991 dan 2000.

Dalam perlawanan itu, Salem Al Dawsari membuka tirai jaringan dari jarak dekat ketika permainan berbaki 16 minit sebelum Bafetimbi Gomis mengesahkan kemenangan pada masa kecederaan.

Urawa yang dikendalikan oleh Tsuyoshi Otsuki kelihatan begitu sukar untuk menembusi benteng pertahanan Al Hilal yang cukup berdisiplin sepanjang 90 minit perlawanan.

Selain itu, Al Hilal juga merupakan kelab pertama dari Asia Barat muncul juara selepas kelab Qatar, Al Sadd melakukannya pada 2011 dan juga kelab pertama Arab Saudi menjuarainya sejak kejayaan dua tahun berturut-turut Al Ittihad pada 2005.

Baca juga artikel lain mengenai kedudukan ranking Asia kelab Malaysia selepas tamat saingan AFC Champions League dan AFC Cup musim ini.

JDT Berada Di Ranking Ke-3 Zon Asia Tenggara, Kutip 40.77 Mata Dalam Tempoh 4 Musim Di Asia