Jose Maria Enriquez Negreira, bekas presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil (CTA) dilaporkan pernah ugut Barcelona jika dia tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Baca Juga:

Beberapa hari lalu, heboh, Barcelona dituduh membayar jawatankuasa pengadil agar pengadil sentiasa berpihak kepada mereka di atas padang.

Barcelona telah dituduh membayar atau sogok bekas naib presiden Jawatankuasa Pengadil dengan nilai sebanyak €1.4 juta dari 2016-2018.

Pengadil, Jose Maria Enrique Negreira yang menjadi naib presiden Jawatankuasa Teknikal dalam Jawatankuasa Pengadil sebaik sahaja dia bersara.

Cedena Ser melaporkan Negreira menerima beberapa siri bayaran daripada Barcelona iaitu €532,728 pada 2016, €541,752 pada 2017, dan €318,200 lagi pada 2018.

Penjabat pendakwaraya mengesahkan bayaran itu dibuat oleh Barcelona kepada DASNIL 95, dengan disertakan lampiran penyata bayaran cukai.

Diario AS menyetakan bahawa bayaran itu dibuat agar pengadil tidak membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Negreira dan anak lelakinya Javier Enríquez Romero sudah membuat pengakuan di mahkamah. Dan menafikan kesemua pertuduhan ke atas mereka berkaitan bayaran agar mereka memihak kepada Barcelona ketika mengadili perlawanan di atas padang.

Negreira sebaliknya menyatakan bahawa bayaran yang dia terima adalah untuk tujuan kajian tentang respon pemain kepada pengadil dalam beberapa situasi di atas padang.

Lalu Negreira akan memberikan cadangan cara pemain Barcelona untuk bertindak di atas padang dalam perlawanan berikutnya berdasarkan pengadil yang berbeza. Ada pengadil lebih berdiplomasi, ada yang lebih tegas dan tak suka dilawan.

Barcelona kemudian tampil dengan penafian bahawa mereka membayar pengadil agar berpihak kepada mereka.

Barcelona malah mengancam tindakan perundangan kepada mereka yang memfitnah kelab itu membayar pengadil termasik mereka yang menyindir kelab berkaitan perkara tersebut di media sosial. Merujuk kepada troll atau sarcasm.

Barcelona dalam kenyataan mereka nafi sogok pengadil sebaliknya meggunakan khidmat pakar luar untuk membantu dari segi teknikal.

Barca menulis:

“Berhadapan dengan maklumat yang disiarkan hari ini di program Quê t’hi jugues de Ser Catalunya, FC Barcelona, ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ yang mengetahui fakta yang sedang disiasat oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai pembayaran yang dibuat kepada syarikat luar, kelab ingin menjelaskannya:

Bahawa, pada masa lalu, FC Barcelona telah mengupah perkhidmatan perunding teknikal luaran, yang membekalkan khidmat analisis, dalam format video, laporan teknikal yang merujuk kepada pemain untuk kegunaan sekretariat teknikal Kelab.

Selain itu, hubungan dengan pembekal luar yang sama telah dilanjutkan dengan laporan teknikal yang berkaitan dengan pengadilan profesional untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh kakitangan kejurulatihan pasukan utama dan anak syarikat, amalan biasa dalam kelab bola sepak profesional.

Pada masa ini, jenis perkhidmatan sumber luar ini diberikan kepada badan profesional yang bekerja di Football Area.

FC Barcelona kesal kerana maklumat ini muncul tepat pada saat terbaik kelab musim ini dari segi kesukanan.

FC Barcelona akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang merosakkan imej Kelab termasuk sindiran yang bertentangan dengan reputasi entiti yang mungkin timbul akibat maklumat ini.”

Barcelona terima ugutan

Namun terbaru, Cedena Ser melaporkan bahawa Negreira pernah menghantar satu faks berbaur ugutan kepada Barcelona agar kelab itu membayarnya.

Negreira ugut akan mendedahkan bahawa Barcelona membayar pengadil untuk mendapatkan kelebihan kesukanan.

Ini selepas Barcelona pernah bercadang mahu menamatkan pembayaran kepada pengadil.

Pada Februari 2019, ada dua orang pengadil telah mengugut Barcelona selepas perubahan presiden kelab.

Laporan terbaru menyebut bahawa, Barcelona sudah membayar Negreira sebanyak €7 juta sejak 2001.

Dalam faks tersebut, Negreira menulis: “Saya ada niat yang tegas mahu memfailkan kompelin kepada mahkamah. Dan ini akan memberikan kesan negatif.”

“Buat masa ini, saya tidak berniat memperbesarkan kes ini, untuk mengelakkan akibat buruknya, harap kamu faham dengan jelas tentang tuntutan saya.”

“Saya tak rasa satu lagi skandal akan memberikan manfaat kepada kelab ini, tidak lebih tidak kurang, encik Roselll, bertanggungjawab bagaimana dia membantu menguntungkan kelab ini dan kelab ini pula membayarnya.”

Itu dianggap faks yang menjadi pemulaan kepada rapuhnya hubungan Barcelona dengan Negreira.