Malaysia sah akan menentang China pada aksi antarabangsa FIFA bagi kalendar bulan September akan datang bagi minggu antarabangsa.
Baca Juga:
- Singapura Sama Taraf Dengan Solomon Islands
- Papua New Guinea Pinjam Fisio Pasukan Terengganu
- Terbuka Taipei 2023: Wei Chong-Kai Wun Iringi Dua Wakil Malaysia Ke Separuh Akhir
Skuad Kim Pan Gon meneruskan rentak cemerlang dalam dua perlawanan persahabatan terdahulu. Dengan kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan juga Papua New Guinea.
Aksi menentang China pada September ini pastinya akan menjadi perhatian. Memandangkan pasukan itu berada di kedudukan ke-81 dalam ranking dunia FIFA ketika artikel ini ditulis.
Skuad China kini dibimbing oleh Aleksandar Jankovic. Mereka berusaha untuk mendaki semula ranking FIFA mereka. Setelah terjatuh beberapa anak tangga.
Sementara itu Malaysia berada di ranking ke-138 dunia pada ketika artikel ini dihasilkan. Malaysia terus berusaha memperbaiki ranking di peringkat antarabangsa.
Kim Pan Gon telah banyak mengubah gaya permainan pasukan Malaysia. Jurulatih asal Korea Selatan itu mungkin akan berhadapan dengan cabaran sebenar beliau yang pertama sejak mengambil alih Harimau Malaya.
Seterusnya untuk satu lagi perlawanan, FAM sedang berunding dengan FA Taiwan untuk berhadapan dengan negara tersebut dalam aksi kedua pada September 2023. Menurut perancangan awal, aksi menentang China adalah di tempat lawan.
Maka, aksi menentang Taiwan pun di tempat lawan kerana mudah untuk dilawati dari China.
🗓 INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
Sep | China 🇨🇳 🆚 🇲🇾 Malaysia
Malaysia National Team will play 2 away matches on FIFA Day in September. China is their first confirmed opponent .
Another rival of Malaysia in September is being negotiated is Chinese Taipei.#FAM pic.twitter.com/USg0Zkr2ve
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 24, 2023
Perlawanan tersebut akan menjadi medan penting untuk Kim Pan Gon terus memantau prestasi pemain pemainnya menjelang Piala Asia yang akan bermula awal tahun hadapan.
Beberapa muka baru yang segar mungkin akan diberikan peluang untuk membuktikan diri mereka.