Bintang Manchester United, Anthony Martial mengejutkan ramai pihak apabila menyatakan bahawa beliau sudah tak mahu bermain lagi untuk Manchester United.
Ejen kepada Martial mengesahkan bahawa pemain itu mahu angkat kaki pada Januari akan datang. Ini kerana Martial tidak berpuas hati dengan kurangnya minit permainan di Old Trafford.
Sejak beberapa musim ini Martial hanya menjadi pemain squad depth untuk Manchester United.
Martial musim ini hanya dua kali beraksi dalam kesebelasan utama dalam aksi EPL dan 5 kali masuk sebagai pemain gantian.
Membuatkan pemain itu sangat tidak gembira dengan apa yang berlaku.
Ejen Martial, Phillipe Lamboley berkata: “Dia seharusnya bermain. Dan dia sudah tak mahu kekal lagi di Manchester United pada Januari ini. Saya akan bercakap dengan kelab tidak lama lagi.”
Anthony Martial wishes to leave #MUFC in the January transfer window, his agent has told Sky Sports News.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 10, 2021
Martial yang tiba di Old Trafford pada 2015, dengan cepat dicanang sebagai bakat muda luar biasa. Beliau dianggap prospek yang menjadi rebutan banyak kelab besar.
Penampilan awalnya pada musim debut sangat meyakinkan. Termasuk gol pada debut menentang Liverpool dan kemudian menjaringkan 2 gol pada aksi debut penuhnya berdepan Southampton.
First Start : Anthony’s first start for the club certainly didn’t disappoint , a brace on his Full debut this goal being the first of the two . pic.twitter.com/Jc6xC2EMnz
— Fuck Antony (@Sammy_UtD) December 10, 2021
Namun selepas itu, cerita Martial sangat berbeza. Beliau gagal memahatkan namanya sebagai pemain tetap dalam kesebelasan utama kelab.
Martial menunjukkan aksi yang kurang konsisten. Martial tetap berjaya mendapatkan kontrak baharu di Old Trafford pada 2019. Dan kontrak semasa beliau masih ada baki 3 tahun lagi.
Kini Martial mahu mencari kelab baharu beliau pada Januari ini untuk mencerahkan semula peluangnya mewakili Perancis dalam Piala Dunia. Sebelum ini pemain itu terlepas slot ke Piala Dunia 2018 walaupun masa itu dianggap sebagai pemain yang berhak mendapat tempat.
Ralf Rangnick menyatakan bahawa beliau tidak mahu membincangkan soal pemain yang mahu pergi pada Januari ini. Kerana ianya masih terlalu awal untuk berbuat demikian. Fokus Rangnick adalah perlawanan hujung minggu ini dalam usaha beliau mahu membentuk pasukan yang stabil secara taktikal.
Seterusnya Rangnick menjelaskan bahawa, sepatutnya tidak ada mana mana pihak dalam Manchester United yang memujuk mana mana pemain yang tak mahu bermain untuk mereka.
Kerana Manchester United adalah kelab besar, di mana semua pemain mahu bermain untuk mereka.
Ralf Rangnick delivers a hard-line message: "If a player doesn’t want to play for club like @ManUtd, doesn't make sense to convince him to change his mind. This is such massive club, with fantastic support, I don’t think anyone at the club should try to convince a player to stay"
— Simon Stone (@sistoney67) December 10, 2021
Manchester United kini fokus untuk kembali ke kelompok 4 teratas dalam carta liga selepas mengharungi tugasan UCL pada pertengahan minggu lalu.
Baca juga artikel
Van De Beek: “Manchester United Boleh Tewaskan Sesiapa Sahaja Di UCL”
Van Der Vaart Ugut Keluar Studio Jika Dengar Orang Samakan Werner Dengan Van Persie
UCL: Rangnick Tekad Mahu Baiki Fizikal Dan Tahap Mental Greenwood