Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim memberitahu bahawa bekas majikannya, Terengganu telah menyelesaikan baki gaji semasa beliau beraksi bersama kelab dari Pantai Timur itu.
Baca Juga:
- Faisal Halim: “Inilah Pengorbanan Pemain Bola Sepak Kepada Negara, Sedia Beraksi Apabila Diperlukan”
- Faisal Halim: Apa Yang Terjadi Salah, Saya Ada Hak Untuk Melawan
- Faisal Halim: Pulangkan Hak Saya
Perkara ini dikongsikan oleh Faisal menerusi pengumuman di laman media sosial Twitter miliknya dimana pemain yang mesra disapa Mickey itu turut meminta maaf di atas kesalahan dan salah faham yang berlaku sebelum ini.
Dalam tweet tersebut juga, Faisal turut memuatnaik gambar dia bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif (COO) TFC Mohd Sabri Abas sebagai tanda kemelut tersebut sudah berakhir.
Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu FC serta penyokong selama saya di bumi Terengganu Darul Iman. Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri.TFC TELAH JELAS BAKI GAJI SAYA🤝 pic.twitter.com/MZhauHAYnu
— Faisal Halim (@faisalhalim_7) January 4, 2023
“Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu serta penyokong selama saya beraksi di bumi Terengganu Darul Iman. Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. Terengganu telah menjelaskan baki gaji saya,” kata Faisal Halim.
Sebelum ini, Mickey meluahkan kekecewaan beliau selepas Terengganu memotong gajinya tanpa sebarang notis ataupun perbincangan dengan pemain yang baru sahaja menyertai Selangor itu.
“Benda ni salah, Mickey ada hak untuk lawan dan pergi (laporkan) ke Malaysian Football League (MFL). Setakat RM5000-RM10,000 tak kan kita nak pergi (ajukan) ke MFL.
“Kita selesaikan dengan cara baik, bagi balik hak saya, saya pun keluarkan kenyataan terima kasih kepada Terengganu, ini salah faham. Itu yang saya nak sebenarnya,” kata Faisal Halim kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Faisal baru-baru ini membantu pasukan negara mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 selepas menewaskan Singapura dengan keputusan 4-1 pada aksi terakhir kumpulan B. Pasukan Thailand menunggu skuad Harimau Malaya di peringkat separuh akhir.