Pasukan Terengganu FC memulakan langkah awal dalam membuat persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan dimana mereka menyertai satu kejohanan iaitu Sheikh Kamal International Club Cup yang berlangsung di Bangladesh dan mereka berjaya muncul sebagai juara dengan menewaskan Abahoni Limited di pentas final.
Selain terlibat dengan perlawanan pra musim lebih awal, pasukan dari Pantai Timur itu turut dikhabarkan menjalankan kerja-kerja mencari pemain lebih awal dimana skuad bimbingan Nafuzi Zain itu sedang memburu penyerang yang ketika ini beraksi dalam saingan Liga Vietnam.
Pemain yang diburu oleh TFC ini pernah beraksi di beberapa negara sebelum datang ke Vietnam seperti Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Cyprus serta pernah memenangi beberapa gelaran domestik ketika membina karier di Mesir.
Jika pihak pengurusan TFC membawa masuk pemain yang sedang diincar oleh mereka, maka perkara ini bermakna salah seorang penyerang import sedia ada dalam pasukan bakal digugurkan bagi memberikan ruang kepada pemain baharu itu nanti.
Jika melihat kepada keadaan semasa, Kipre Tchetche dilihat sebagai pemain yang akan digugurkan memandangkan prestasi yang ditampilkan oleh Kipre musim ini tidak seperti musim sebelumnya dimana beliau membantu kelabnya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan menghuni tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak Liga Super.
Setakat ini, dua pemain import iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov sah dikekalkan manakala pemain yang lain masih dalam penilaian Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sama ada bakal dikekalkan ataupun sebaliknya.
Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini: