Erik ten Hag jela sekali kecewa dan dia telah mengkritik pemain pemainnya kerana ‘menyerahkan’ perlawanan kepada Aston Villa dengan mudah.
Baca Juga:
- Chelsea vs Arsenal: Gabriel Cetak Gol Kemenangan, Aubameyang Hambar
- Aston Villa vs Man United: Debut Unai Emery Cemerlang Tewaskan Red Devils
- Real Sociedad vs Man United: Red Devils Ditolak Ke Pusingan Playoff UEL
Manchester United telah dikalahkan oleh Aston Villa dengan keputusan 3-1 di Villa Park.
Aston Villa menamatkan rekod tanpa menang mereka ke atas United di Villa Park sejak 1995.
Dan secara kebetulan, Man United akan menentang Aston Villa dalam Piala Liga dan berpeluang membalas dendam dalam aksi yang akan berlangsung di Old Trafford.
Red Devils kelihatan terkejut dengan permulaan pantas Aston Villa dalam perlawanan ini. Sepanjang perlawanan, United tidak pernah kelihatan benar benar mendapat prestasi terbaik mereka.
Villa yang kini menjadi pasukan yang dikendalikan oleh Unai Emery menikmati permulaan baru yang sangat cemerlang.
Manchester United masuk ke perlawanan ini dengan rekod yang agak baik selepas kekalahan Manchester Derby beberapa minggu lalu dan nampaknya terkeluar dari rentak pada permulaan permainan.
Villa tidak menewaskan United di tempat sendiri dalam 23 perlawanan tetapi menjadi pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan apabila Leon Bailey, Lucas Digne dan Jacob Ramsey menjaringkan gol untuk pasukan Unai Emery.
Erik Ten Hag kecewa dan mengkritik pemain pemainnya kerana terkeluar dari rentak dari permulaan permainan lagi.
Mereka membenarkan Aston Villa melaksanakan perancangan permainan mereka denganย mudah.
Ten Hag mengecam pemainnya kerana menyerahkan perlawanan tersebut kepada lawan mereka.
“Ianya tidak boleh diterima. Jangan salah faham, kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan dan tidak menyerahkan perlawanan dengan begitu mudah,” jelas Ten Hag.
"It's ๐ป๐ผ๐ acceptable" โ
A frustrated Erik ten Hag reflects on his sides 3-1 defeat to Aston Villa ๐ pic.twitter.com/YK0zQALibM
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 6, 2022
Ten Hag juga< sangat kecewa dengan dengan cara pasukannya bertahan ketika berdepan sepakan percuma Lucas Digne.
Ten Hag –ย menurut MEN – berkata. "Saya rasa sepakan percuma itu boleh dihalang kerana bentengnya terlalu jauh [sebab itulah ianya masuk]."
Ten Hag: โI think the free-kick [from Lucas Digne] is stoppable because the wall is too far. Okay, these small details, but small details make a difference in top football. The details are everything to us because we were not fresh.โ #MUFC pic.twitter.com/RUZgkXsoU9
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) November 6, 2022
"Okay, itu hanya perincian kecil tetapi perincian yang membuat perbezaan dalam bola sepak tertinggi."
"Ia menceritakan segala-galanya daripada kami kerana kami tidak cukup segar," kata Ten Hag yang menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku kerana pemain pemainnya masih keletihan selepas aksi pada malam Jumaat menentang Sociedad baru baru ini.
United ketika itu bertandang ke Sepanyol dan kembali semula ke England. 48 jam kemudian mereka berhadapan pula dengan Aston Villa.