Kem skuad kebangsaan Thailand kini berdepan satu masalah baru selepas penyerang utama mereka iaitu Teerasil Dangda tidak akan terbang ke UAE bagi mengharungi baki perlawanan kelayakan bulan Jun nanti.
Menurut laporan portal SiamSports hari ini, Teerasil Dangda dilaporkan masih tidak mencapai prestasi terbaiknya sejak kembali dari Shimizu S Pulse selain berdepan dengan masalah kecederaan yang dilihat tidak sempat untuk pulih menjelang perlawanan itu nanti.
Dalam artikel itu juga ada menyebut bahawa, pihak FA Thailand dijangka akan melakukan pengumuman secara rasmi mengenai perkara ini serta keputusan untuk menamakan pemain yang akan mengambil alih posisi yang kosong itu.
Skuad kebangsaan Thailand akan terbang ke UAE pada 21 Mei 2021, dimana mereka akan mengharungi 2 perlawanan persahabatan bertemu Oman dan Tajikistan sebagai persiapan akhir untuk 3 perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Mengikut jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh pihak AFC, Thailand akan bertemu Indonesia pada 3 Jun, UAE pada 7 Jun dan berdepan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 15 Jun 2021.
Kedudukan semasa pasukan dalam kumpulan G, Vietnam mendahului dengan 11 mata, diikuti oleh Malaysia dengan 9 mata dan Thailand ditempat ke-3 dengan 8 mata.
UAE pula ketika ini mengutip 6 mata, namun memiliki kelebihan 1 perlawanan, manakala Indonesia pula sudah sah terkeluar dari saingan dalam kumpulan.
Teruskan membawa artikel-artikel yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Sanjar Shaakhmedov Sumbat Gol Penyamaan Untuk Ikat Juara 3 Kali AFC Champion League Al-Hilal SFC