Presiden La Liga, Javier Tebas, mendakwa bahawa Barcelona sebenarnya sengaja memilih untuk melepaskan Messi apabila mereka mahu mendapatkan Sergio Aguero dan Memphis Depay secara percuma.
Kehadiran dua pemain itu membuatkan bil gaji pemain Barca di atas paras yang ditetapkan oleh Fairplay.
Kenyataan Tebas itu ibarat lepas geram ke atas presiden Barcelona, Joan Laporta yang mengecam La Liga kerana menandatangani kontrak dengajn CVC.
Tebas turut mendedahkan bahawa Laporta adalah orang yang sangat teruja dengan tajaan tersebut. Namun kemudian menarik diri dan mengambil haluan bertentangan kerana tekanan daripada presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Tebas menganggap Laporta sebagai pembelit (kaki spin) dalam isu kontrak CVC.
Kontrak dengan CVC ditentang hebat oleh Real Madrid dan Barcelona yang menuduh La Liga sebagai membabi buta dalam membuat keputusan dan mengabaikan pandangan 2 kelab paling berpengaruh di La Liga.
Bercakap kepada Cope, Tebas berkata: “Saya makan malam di rumah Laporta dan dia bersetuju menandatangan perjanjian dengan CVC.”
“Saya masa tu tak pasti lagi sama ada Messi boleh menandatangani kontrak ataupun tidak. Namun saya mendapat panggilan daropada Laporta dan dia berkata: ‘Boleh tak kita percepatkan perjanjian CVC? Budak tu [Messi] sekarang ni jadi cuak pula.”
“Saya beritahu dia, bahawa saya tahu, pada hari kontrak itu diumumkan, Florentino akan ‘meletup’. Dan Laporta memberitahu saya: ‘Tak tak, saya ada karakter saya sendiri dan tak akan terikut orang lain’.”
“Namun saya yakin Florentino di sebalik semua ini [penarikan diri Barcelona daripada sokongan ke atas CVC]. Saya sangat pasti.”
🇪🇸 #LaLiga president Javier Tebas says Barcelona could have kept Lionel Messi if they hadn't signed Memphis Depay and Sergio Aguero 😳
Thoughts? 🤔 pic.twitter.com/HdxV1MDiwk
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) October 5, 2021
“Ada perjanjian yang menyatakan, jika Barca menandatangani kontrak CVC, mereka boleh meningkatkan pendapatan mereka 15% lagi. Pada pandangan saya, itu sudah cukup untuk mereka menandatangani kontrak dengan Messi.”
“Tetapi, Laporta pergi dapatkan pemain seperti Memphis dan Aguero. Jika dia tak buat macam tu, Messi akan terus kekal bersama mereka.”
Javier Tebas: “Maybe if Laporta hadn’t signed Depay, Agüero… Messi could have continued.” pic.twitter.com/XNDXY338Z1
— Barça Universal (@BarcaUniversal) October 5, 2021
Laporta sebelum ini berkali kali menyatakan bahawa dia optimis bahawa Messi akan terus kekal. Malangnya, pemain itu terpaksa meninggalkan Barca dengan linangan air mata mengiringinya.
Baca juga artikel
Park Ji Sung Rayu Peminat United Hentikan Chant Park Makan Anjing Kerana Sensitif
Guardiola Tuduh Pengadil Selalu Memihak Liverpool Dan Man United Ketika Kunjungan City
EPL: Liverpool City Terikat Dalam Aksi Sengit, Salah Dan Foden Cemerlang