Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan akan ada penilaian terhadap prestasi yang ditampilkan oleh para pemain pada tiga aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang baru saja berakhir.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana menurut Cheng Hoe penilaian perlu dilakukan bagi memastikan pemain bersedia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan pada kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023.

Prestasi pemain negara sememangnya mendapat kritikan ekoran kekalahan 4-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 2-1 kepada Vietnam.

Meskipun meraih kemenangan ke atas Thailand, namun ramai pihak berpendapat para pemain sepatutnya boleh menampilkan aksi yang lebih bertenaga terutamanya pada dua perlawanan awal.

Dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi menjadi pemain yang mendapat paling banyak kritikan ekoran sumbangan mereka yang dianggap sedikit kepada pasukan negara ketika berada di Dubai.

Prestasi
Sumber Gambar: FAM

Harimau Malaya menamatkan saingan kumpulan G di tangga ketiga setelah mengutip 12 mata selepas menghadapi lapan perlawanan.

Saingan kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023 dijangka bermula pada tahun hadapan dan pasukan negara perlu memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA sekiranya mahu diletakkan dalam pot yang lebih tinggi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Dion Cools Gembira Pasukan Negara Tewaskan Thailand

TMJ: “Kepada Presiden FAM, Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan”