Pemain sayap Terengganu, Faisal Halim telah memberikan syarat sekiranya pihak pengurusan mahu beliau kekal bersama pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Baca Juga:
- Nafuzi Zain Bakal Sertai Kedah Darul Aman?
- Penyokong Terengganu Mahu Nafuzi Zain Kekal
- Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan
Ketika ini, masa depan Faisal atau yang lebih mesra disapa Mickey menjadi tanda tanya dimana beliau telah dikaitkan dengan beberapa pasukan besar dalam saingan Liga Super memandangkan kontraknya berssama kelab Pantai Timur itu akan tamat pada hujung musim ini.
Memetik laporan Terengganu 11, Faisal menegaskan beliau akan kekal bersama Terengganu sekiranya ketua jurulatih, Nafuzi Zain turut kekal mengendalikan pasukan musim hadapan. Pada masa yang sama, beliau mahu melihat pasukan mana yang lebih menghargai beliau, Nafuzi dan penolong pengurus pasukan iaitu Zulfadli Rozi yang telah membawanya ke Terengganu.
"Jika Nafuzi kekal, sy jg kekal di sini. 100 peratus."
Faisal Halim akui terima lima tawaran tmasuk TFC + akn bt kputusan hjg musim + masa dpn bkn ditentukan faktor gaji.
"Sy nk tgk team mana lebih hargai sy + coach NZ dan boss Joe bwk sy ke TFC + pihak pgurusan lebih tahu." pic.twitter.com/oveSFrFbTm
— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) October 1, 2022
Menurut Faisal, terdapat lima tawaran yang telah beliau terima namun masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan Terengganu sebelum membaut keputusan mengenai masa depannya.
Antara pasukan yang dikaitkan dengan Faisal Halim ialah Selangor yang kini berada di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu iaitu Tan Cheng Hoe. Selangor dikhabarkan mahu membuat pertukaran besar dalam pasukan bagi mengharungi musim 2022 setelah melalui satu lagi musim mengecewakan dalam saingan Liga Super.
Bagi Nafuzi sendiri, beliau dikaitkan dengan pasukan Kedad Darul Aman bagi menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Aidil Sharin yang berkemungkinan besar bakal dilepaskan pada hujung musim ini.
Here we go đŸ”° https://t.co/ykbXYpDB0N
— FinaNasrom (@fnasrom) September 15, 2022
Sebelum ini, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam melaporkan musim 2022 berkemungkinan besar menjadi musim terakhir Nafuzi bersama Terengganu dan beliau bakal mencari pengalaman baharu bersama pasukan lain musim hadapan.
Peminat Terengganu melancarkan kempen di media sosial dimana mereka menggunakan hashtag #NafuziStay bagi menggesa pihak pengurusan agar memberikan kontrak baharu kepada pengendali berusia 43 tahun itu.
Bagi peminat Terengganu, penting untuk Nafuzi Zain kekal bersama pasukan bagi memastikan asas yang telah dibina oleh jurulatih itu dapat diperkuatkan selain memastikan pemain bintang seperti Faisal Halim, Rahadiazli Rahalim dan Shahrul Nizam kekal dan tidak berhijrah ke pasukan lain.