Bintang muda Thailand, Suphanat Mueanta menyasarkan kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi nanti.
Thailand dan Malaysia masing-masing tidak berjaya layak ke pusingan ketiga setelah hanya menghuni tangga ketiga dan keempat, jurang mata yang sedikit jauh dengan dua pasukan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
Kedua-dua pasukan wajib untuk mengutip kemenangan sekiranya mahu melayakkan diri ke saingan kelayakan Piala Asia 2023 tanpa perlu melalui play-off.
Pemain muda meningkat naik Buriram United, Suphanat Mueanta mahu Thailand mencatat memenangan ke atas Malaysia sekaligus meraih tiga mata pertama sejak beraksi di UAE.
“Semua pemain mahu meraih kemenangan (ke atas Malaysia) sekaligus medapat tempat dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 nanti.
“Kami mahu peminat bola sepak Thailand gembira pada perlawanan kelayakan Piala Dunia terakhir kami,” kata Suphanat.
Thailand meraih keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama ketika berdepan Indonesia sebelum tewas kepada UAE dengan keputusan 3-1 pada perlawanan kedua.
Suphanat dijangkan terus mendapat kepercayaan pengendali pasukan, Akira Nishino untuk terus mengetuai jentera serangan skuad Gajah Perang.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
TMJ: “Kepada Presiden FAM, Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan”
PSSI Bakal Tambah Pemain Naturalisasi Dalam Skuad Shin Tae-yong
Pilihan Pemain Isi Posisi Pertahanan Kiri Pada Aksi Menentang Thailand