Baru-baru ini, Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meluahkan rasa kecewa apabila permintaannya untuk menunda aksi Liga Super 2023 menentang Sri Pahang tidak dapat ditunaikan.
Baca Juga:
- Jurulatih Terengganu Kecewa Sri Pahang Tak Mahu Tunda Aksi Liga Super
- Solari Akui Bukan Senang Nak Kalahkan Sri Pahang
- Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang Akhirnya Lebur
TFC bakal menghadapi perlawanan Piala AFC menentang kelab Filipina, Stallion Laguna pada hari Khamis ini, 26 Oktober sebelum dijadualkan menentang Sri Pahang pada hari Ahad, 29 Oktober.
Namun, Steinbruckner tidak begitu gembira dengan jadual perlawanan yang cukup padat kerana beberapa pemain utama berisiko mendapat kecederaan serta tidak mempunyai rehat yang cukup.
Disebabkan itu, Steinbruckner terpaksa melakukan penggiliran pemain bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik dalam setiap perlawanan akan datang.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang menjelaskan sebab mereka tidak dapat menangguhkan perlawanan itu kerana beberapa pemain tok gajah mungkin sertai skuad kebangsaan.
“Keputusan untuk mengekalkan tarikh perlawanan itu juga berdasarkan jadual asal dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang ditetapkan sebelum ini.
“Pada masa sama, kita juga bimbang akan kehilangan beberapa pemain kerana pada tarikh itu (14 November) adalah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
“Kemungkinan pemain Sri Pahang seperti Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin atau Nor Azam Azih akan bersama skuad Harimau Malaya,” jelas Datuk Suffian dipetik dalam Harian Metro.
Kali terakhir skuad Tok Gajah beraksi dalam Liga Super ialah pada 30 September lalu. Ia bermakna mereka sudah berehat selama sebulan sebelum dijadualkan menentang Terengganu.
Justeru itu, kelebihan sepatutnya memihak kepada Terengganu kerana pemain mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan kecergasan selepas menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 berbanding Tok Gajah yang berehat panjang tanpa perlawanan kompetitif