Kemenangan dramatik Maghribi menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Belanda mencetuskan suasana kegembiraan pada Selasa di The Hague, yang menempatkan komuniti besar Maghribi, namun ia turut dicemari tangkapan ganas berikutan pertempuran dengan pihak polis.
Di daerah Schilderswijk di bandar itu, wartawan AFP melihat para penyokong yang berbalut bendera Maghribi menari dan bersorak di jalanan, ketika hon kereta dibunyikan bertalu-talu dan mercun meletup.
Beberapa ratus penyokong berkumpul di persimpangan jalan di daerah berkenaan, menyepak bola ke udara dan bersorak gembira bersama penumpang kenderaan yang lalu-lalang, malah ada yang bertindak melompat ke atas kereta.
Second-generation migrants from Morocco blocking streets in The Hague early this morning and throwing large rocks at police officers.
The riots started around 5am after Morocco defeated the Netherlands on penalties in the World Cup.
๐ณ๐ฑ๐ฒ๐ฆ pic.twitter.com/CquTj7b7rl
— Visegrรกd 24 (@visegrad24) June 30, 2026
Namun, selepas kira-kira sejam perayaan berlangsung, suasana bertukar tegang apabila polis pencegah rusuhan tiba di lokasi dengan melepaskan tembakan meriam air serta melancarkan rempuhan cota untuk menyuraikan orang ramai.
Wartawan AFP menyaksikan ketika tangkapan dibuat, dengan pihak polis menjatuhkan beberapa individu ke tanah selepas memukul kaki mereka dengan baton. Dalam keadaan digari, mereka dibawa pergi menaiki van polis.
๐ด Police disperse Morocco World Cup celebrations in The Hague with baton charges, arrests
Crowds gathered in The Hague after Morocco's World Cup last-32 victory over the Netherlands, waving flags and honking car horns. Police arrived and moved to disperse the gathering,โฆ pic.twitter.com/307AMo17X7
— NewsTongue (@NewsTongueX) June 30, 2026
Polis Belanda yang berbasikal terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan kumpulan belia berketuruna Maghribi di jalanan, namun tiada sebarang kerosakan besar dilaporkan berlaku.
Meskipun pelbagai cubaan dilakukan, orang ramai enggan bercakap kepada media dan lebih memilih untuk merahsiakan identiti mereka. Ramai di jalanan memakai balaklava atau penutup muka yang lain.
๐ณ๐ฑ๐ฒ๐ฆ Moroccans are rioting in The Hague, in the Netherlands after Morocco defeats the Netherlands in the World Cup pic.twitter.com/fjGFcReITF
— ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ ๐๐ฅ๐ญ๐ซ๐ ๐๐๐๐ข๐๐ข๐๐ฅ (@thecasualultra) June 30, 2026
Perlawanan pusingan 32 terakhir di Monterrey berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang sengit selepas masa tambahan, sekali gus mengheret ke penentuan sepakan penalti yang cukup mendebarkan.
Selepas beberapa percubaan tersasar daripada kedua-dua pasukan, penyerang Maghribi, Ismael Saibari, yang beraksi di Belanda untuk PSV Eindhoven, tenang menyempurnakan penalti kemenangan bagi mengatur pertemuan pusingan 16 terakhir menentang penganjur bersama, Kanada.