Penyerang Melaka United FC, Sony Norde sedar dirinya sentiasa dianggap ancaman kepada Kuala Lumpur City FC melihat kepada kawalan ketat daripada tuan rumah sepanjang perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia pada Isnin lalu.
Kelincahan Norde benar-benar memberi impak kepada pasukan untuk mencipta banyak peluang bagi memburu jaringan.
Bahkan, dia juga tidak menolak pergerakannya sentiasa dikawal rapi sambil menyifatkan Kuala Lumpur tidak memberi laluan mudah kepada mereka untuk menambah gol sehingga keputusan berakhir seri 1-1.
Walaubagaimanapun, pemain dari Haiti ini menganggap satu gol lawan yang diraih pasukan untuk dibawa ke Melaka masih belum cukup dan menjangkakan separuh akhir kedua pada Jumaat ini akan menjadi lebih sengit.
“Saya hanya cuba ingin membantu pasukan sebaik mungkin, tetapi Kuala Lumpur juga bermain dengan baik.”
“Pada separuh masa pertama, akan ada dua pemain yang sentiasa dekat dengan saya untuk kawal pergerakan, jadi situasi agak sengit juga.”
“Cuma saya rasa untuk aksi di Melaka nanti mungkin akan lebih senang untuk saya dan pemain lain bagi memastikan keputusan memihak kepada kami dan seterusnya ke final,” ujar Sony Norde lagi.
Perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia akan berlangsung pada Jumaat menyaksikan Melaka akan berdepan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat manakala Terengganu FC akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Sony Norde Mahu Pastikan Melaka United Raih Kedudukan Tiga Teratas CIMB Liga Super 2020
Xavi: Barcelona Jauh Lebih Baik Dari Benfica, Satu Mata Tidak Layak Buat Kami