Son Heung Min telah dilantik sebagai kapten Tottenham yang baharu selepas pemergian Harry Kane ke Bayern Munich.
Baca Juga:
- RASMI: Harry Kane Sertai Bayern Munich
- Kane Lanjutkan Kemarau Trofi Selepas Dibelasah Leipzig Di Halaman Sendiri
- Burnley vs Man City: Haaland Cetak 2 Gol Untuk Juara Treble Mulakan Misi Pertahan Kejuaraan
Sementara itu, pemain baru yang dibeli dengan nilai £40 juta, James Maddison dan pemain pertahanan Cristian Romero dipilih sebagai timbalan kapten.
Bos Ange Postecoglou bertindak pantas untuk melantik Son Heung Min kapten baharu Tottehnam selepas pemergian Harry Kane £100 juta ke Bayern Munich awal hari ini.
Keputusan melantik Son Heung Min sebagai kapten baharu Tottenham dikatakan diterima baik oleh skuad Tottenham dengan ketiga-tiga mereka dilihat sebagai watak yang sesuai untuk membawa pasukan ke era baharu.
Sat alongside his teammates, watch the moment Ange appointed Sonny as our new Club captain 🫶 pic.twitter.com/0eJTupMHRg
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 12, 2023
Son, 31, mempunyai banyak pengalaman sebagai kapten untuk negaranya, di mana dia mempunyai 111 kaps antarabangsa.
Son seorang yang memiliki kepimpinan yang baik di atas padang. Dia juga sudah berpengalaman luas di Eropah terutama sekali dalam Liga Perdana Inggeris.
Dia juga seorang yang sangat komited dengan Spurs dan sentiasa memberikan 100% untuk kelab itu.
Laporan itu menyatakan bahawa walaupun skuad itu sedar bahawa mereka akan merasai kehilangan Harry Kane, namun terdapat keterujaan juga di kalangan pemain untuk merasai cabaran baharu tanpa legenda kelab itu.
Kane berlepas dari Tottenham ke Bayern Munich awal Sabtu dengan bayaran £100 juta. Penjaring terbanyak Tottenham meninggalkan kelab dengan berat hati, tetapi pemain berusia 30 tahun itu juga menegaskan ia adalah masa yang tepat untuk pergi.
Ange Postecoglu sudah memberitahu pemainnya, mereka kini perlu lebih meningkatkan aspek mencapai kemenangan secara berpasukan berbanding bergantung kepada individu.