Pukulan ‘smash’ yang dilakukan oleh pemain badminton negara, Pearly Tan kini diiktiraf sebagai terpantas dunia bagi kategori wanita oleh Guinness World Records.
Baca Juga:
- Pearly Tan Mohon Maaf Gagal Hadiahkan Kejuaraan Malaysia Masters
- Malaysia Masters 2023: Pasangan Korea Halang Impian Juara Pearly-Thinaah
- Malaysia Masters 2023: Pearly-Thinaah Teruskan Aksi Memukau, Mara Ke Final
Perkembangan itu diumumkan oleh syarikat jenama sukan terkemuka, Yonex dalam satu kenyataan rasmi semalam.
Yonex berkata pukulan smash Pearly merekodkan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), dalam ujian yang dilakukan di gynasium kmilik syarikat tersebut di Soka, Saitama, Jepun pada 14 April 2023.
Malah, ia merekodkan 65.5 km/j lebih laju daripada sebuah kereta Formula Satu (F1). Katanya, pemain berusia berusia 23 tahun itu menggunakan raket model Nanoflare 1000 Z.
The NANOFLARE 1000’s new Wide Profile Frame paired with the Sonic Flare System generates high repulsion on impact while reducing air resistance.
STRIKE LIGHTNING.
#NANOFLARE1000 #StrikeLightning pic.twitter.com/m0IhVIs7fh— Yonex Badminton (@yonex_badminton) June 21, 2023
“Impak smash yang dilakukan telah dirakam menggunakan kamera berkelajuan tinggi. Kelajuan bulu tangkis selepas impak smash kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.
“Jarak pergerakan dan masa yang diambil oleh bulu tangkis dikira antara dua koordinat kelajuan segera dikira berdasarkan pengukuran jarak, masa, dan kelajuan,” tulis kenyataan rasmi.
Dalam kenyataan yang sama, Yonex turut memaklumkan pemain India, Satwiksairaj Rankireddy berjaya memecahkan rekod smash terpantas dunia yang pernah dipegang bekas pemain beregu kebangsaan, Tan Boon Heong.
Pada sesi ujian itu, Rankireddy mencatatkan pukulan smash terlaju di dunia dengan kelajuan 565 km/j sekaligus memadamkan rekod lama 438 km/j yang dilakukannya menggunakan raket model sama digunakan oleh Pearly Tan.
Dua rekod yang dicipta oleh Pearly dan Rankireddy ini sekali gus menyaksikan sukan badminton lebih laju daripada sukan bola yang lain apabila dibandingkan dengan rekod kelajuan terpantas dalam Guinness World Records.