Skuad Malaysia bawah 12 tahun (B-12) berjaya raih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Remaja ASEAN Bawah 13 Tahun selepas mengalahkan Myanmar, 5-1 di Hangzhou, China pada hari ini.

Pada perlawanan tersebut, gol skuad negara dijaringkan oleh Nur Azim Assyakirin (minit ke 6’ 22’ 37’), Muhammad Khairil Hafiz (minit ke 33’) dan Muhammad Hakim (minit ke 50’).

67652639_2311803422249742_4312123676007858176_o
FOTO: FAM

Sebelum ini, Malaysia membuka kempen bagi merebut Piala Soong Ching Ling itu dengan keputusan seri 2-2 dengan Filipina sebelum mengalahkan Laos 3-2. Kemudian, mereka menewaskan Singapura 4-0 pada perlawanan terakhir dalam Kumpulan A.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad negara muncul naib juara kumpulan dan akan berdepan dengan juara Kumpulan B, Thailand, di separuh akhir. Bagaimanapun, skuad bimbingan Saad Ichalalène tidak berjaya ke perlawanan akhir selepas tewas 2-4.

Piala Soong Ching Ling merupakan kejohanan lapan sebelah bawah 13 tahun anjuran Yayasan Soong Ching Ling dari China, Persekutuan Bola Sepak China dan Pusat ASEAN-China, bertujuan meningkatkan persahabatan dan persefahaman antara China dan negara-negara anggota ASEAN.