Skuad Harimau Selatan hari ini berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) yang akan bermula pada 22 Jun hingga 7 Julai 2021.
Lebih menarik, mereka tampil dengan suit baharu berwarna hitam yang lebih bergaya sekaligus menunjukkan etika profesionalisme yang betul sebagai sebuah kelab bola sepak. Suit baharu ini dilancarkan pada 8 Jun lepas bagi menggantikan suit lama yang berwarna biru.
Jika kita perhatikan pemakaian pemain JDT, ada di antara mereka kelihatan seperti seorang model dan lebih kemas sesuai dengan status ACL sebagai sebuah pertandingan antara kelab yang berprestij di Asia.
Ready to ✈️#JDT #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/ScuRQGvI34
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 18, 2021
Selain JDT, tiga lagi kelab yang berada dalam kumpulan G ialah wakil tuan rumah, Ratchaburi FC, Nagoya Grampus (Jepun) dan Pohang Steelers (Korea Selatan). Saingan ACL kali ini berlangsung secara karnival di venue yang terpilih disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.
30 pemain telah disenaraikan termasuk dua pemain baharu iaitu Guilherme De Paula dan Shane Lowry dari Australia. Bagaimanapun, Gonzalo Cabrera tidak dibawa ke Bangkok kali ini kerana JDT mengambil keputusan untuk mendaftarkan Lowry sebagai pemain import Asia bagi membantu Mauricio dos Santos di posisi pertahanan.
Ready to fly ✈️ , lookin' fly 👌🏼
More photos at https://t.co/odF2DmmnOX#JDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/XIZFn4Ztug
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 18, 2021
Selain itu, mereka turut memberi kepercayaan kepada tiga pemain JDT II yang buat pertama kali beraksi di pentas ACL selepas menyenaraikan Feroz Baharudin, Chia Ruo Han dan Firdaus Ramli.
Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.
Benjamin Mora Beri Sebab Mengapa Gonzalo Cabrera Tidak Disenaraikan Dalam Skuad ACL
Safawi Mohon Maaf Mengenai Cara Raikan Gol Ketika Berdepan Thailand
Peminat Bola Sepak Singapura Tidak Setuju Dengan Kemasukan JDT III Dalam Liga SPL