Skuad B-19 tahun negara bakal dihantar untuk mewakili Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2021 yang bakal berlangsung di Vietnam pada hujung tahun ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dimana skuad B-19 tahun bukan saja bakal beraksi dalam temasya edisi tahun ini, malah mereka juga bakal beraksi pada temasya edisi 2023 di Kemboja.
Skuad 19 @FAM_Malaysia akan dihantar ke Sukan SEA Games Vietnam 2021 dan Cambodia 2023.
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) January 12, 2021
Sebelum ini, skuad bimbingan Brad Maloney terpaksa menelan kekecewaan apabila tidak dapat beraksi dalam temasya Piala Dunia B-20 tahun yang sepatutnya diadakan di Indonesia.
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyatakan pembatalan temasya Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) di Indonesia disebabkan oleh penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Tambahan pula, Indonesia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang terjejas teruk dimana lebih 800 ribu kes dilaporkan dan lebih 24 ribu kes kematian direkodkan.
Satu lagi kejohanan iaitu AFC B-19 tahun yang bakal dilangsungkan di Uzbekistan pada Mac ini berkemungkinan besar turut dibatalkan kerana bilangan kes COVID-19 yang meningkat sejak kebelakangan ini.
Pemain seperti Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal dan Sikh Izhan Nazrel antara pemain yang ekoran penundaan dua kejohaan besar tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Pada Bulan Januari Dibatalkan