Shunsuke Nakamura rasminya bersara daripada bola sepak. Dan pemain legenda Jepun itu membuat penampilan perpisahan sebelum bersara pada hari Ahad lalu.
Baca Juga:
- Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola
- King Kazu Tampil Buat Pertama Kali Dalam J1 League Selepas 4,680 Hari Pada Usia 53 Tahun 6 Bulan 1 Hari
- Cassano Cadangkan Cristiano Ronaldo Bersara Sajalah
Nakamura mengumumkan dia bersara beberapa bulan yang lalu. Dia menyatakan dia berbangga dengan perjalanan kariernya di kelab dan kebangsaan Jepun.
Nakamura dikeluarkan selepas sejam aksi mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 20,000 penyokong apabila Yokohama FC menang 4-3 di tempat lawan kepada Roasso Kumamoto pada pusingan akhir divisyen dua Liga-J.
✨ One final time for the legend. 🌟
🇯🇵⚽️ Congratulations on a fantastic career, Shunsuke Nakamura! pic.twitter.com/Q3gvjZiJZP
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) October 23, 2022
Bekas bintang Jepun dan Celtic berusia 44 tahun itu memakai lilitan kapten ketika dia memulakan perlawanan buat kali pertama musim ini, menjadi pemain kedua tertua melakukannya di J2 di belakang Kazuyoshi Miura, yang aktif pada usia 55 tahun dengan divisyen keempat, Suzuka Point Getters.
It was nice to see Celtic supporters at Nakamura's last match.🍀🇯🇵#ThankYouNaka pic.twitter.com/H5lZ1Ig4Kp
— 🍀🇯🇵📽️Japanese Bhoy Studios🎨 (@CelticStudio_JP) October 23, 2022
Tendangan percuma kaki kiri melencong merupakan tanda dagangan Nakamura sepanjang kariernya.
Dia juga merupakan pemain yang dianggap legenda di Celtic.
Aksi beliau ketika menentang Manchester United pada 2006 kekal menjadi salah satu aksi terbaik dipamerkan mana mana pemain secara individu di pentas UCL.
Selain itu Shunsuke Nakamura juga inspirasi pemain seperti Kieran Tierney yang merupakan bekas pemain Celtic dan kini memburu kejuaraan liga bersama dengan Arsenal.
🍀Nakamura and Kieran Tierney's little story🍀
(Short version. / with English subtitles).🎧 pic.twitter.com/mu738WkJzG
— 🍀🇯🇵📽️Japanese Bhoy Studios🎨 (@CelticStudio_JP) October 17, 2022
Selepas tamat perlawanan, Shunsuke Nakamura dilambung ke udara oleh rakan sepasukan Yokohama FC.
Ianya menandakan berakhirlah karier salah seorang pemain Asia genius yang pernah menggegar pentas Eropah.
Bekas kelab lamanya, Celtic turut memuat naik video khas buat Nakamura yang bersara pada usianya 44 tahun. Itu juha tanda penghargaan kepada jasa dan bakti pemain itu.
😢 A #CelticFC icon says farewell to professional football today.
Best of luck in your retirement, Shunsuke Nakamura ✨#ThankYouNaka🍀🇯🇵 pic.twitter.com/ZzsDHbokCF
— Celtic Football Club (@CelticFC) October 23, 2022
Nakamura sangat setia dengan Celtic. Dia menolak tawaran banyak kelab besar yang lain ketika di prestasi kemuncaknya bersama kelab Scotland itu.
Was lucky enough to watch Nakamura’s full Celtic run. What a player he was. All the best to him in retirement. 🇯🇵 pic.twitter.com/27lCzz5rx7
— Craig (@CraigCelt) October 23, 2022