Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa dikaitkan dengan perpindahan ke saingan Major League Soccer (MLS) dimana beliau dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Portland Timbers.
Kagawa ketika ini beraksi bersama kelab Greece, PAOK Thessaloniki namun beliau jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama sekaligus menyebabkan pemain berusia 32 tahun itu mahu berhijrah ke liga Amerika Syarikat.
香川真司が米MLSのポートランドに移籍へ #香川真司 #MLS https://t.co/r6Wmfpo2zm
— スポーツナビ サッカー編集部 (@sn_soccer) August 17, 2021
Bekas pemain Manchester United dan Borussia Dortmund itu tidak tersenarai dalam skuad PAOK ketika berdepan kelab dari Ireland, Bohemians dalam peringkat play-off saingan UEFA Conference League baru-baru ini.
Belum ada kepastian bila Shinji Kagawa akan melengkapkan perpindahan ke Portland memandangkan saingan MLS sedang berlangsung dan jendela perpindahan kedua telahpun ditutup pada 5 Ogos lalu.
Berkemungkinan besar Kagawa akan menyertai Portland pada musim hadapan dan bakal terus beraksi bersama PAOK sehingga musim baharu MLS bermula.
Saingan MLS diwarnai dengan beberapa nama yang pernah beraksi di Eropah sebelum ini seperti Carlos Vela, Gonzalo Higuain dan Blaise Matuidi yang juga pernah memenangi Piala Dunia pada 2018 bersama Perancis.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Jumlah Gaji Yang Perlu Dibayar Oleh JDT Jika Dapatkan Khidmat Radamel Falcao
Kelab Divisyen 2 Indonesia Bakal Menentang Fenerbahce Di Turki
Levy Madinda Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Gabon Hadapi Kelayakan Piala Dunia