Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrul Saad menyatakan kesediaan beliau sekiranya dipilih sebagai ketua pasukan pada perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Nepal Ahad ini.
Penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias dipilih sebagai ketua pasukan namun ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe masih belum pasti sama ada boleh Menurut Farizal kerana pemain itu mengalami demam.
Shahrul, yang juga penolong ketua pasukan bersedia sekiranya Cheng Hoe memberikan lilitan kapten kepada beliau.
“Saya fikir tanggungjawab yang diberikan ini cukup besar, jurulatih sudah memberi peluang jadi saya kena melaksanakannya dengan baik.
“Apa yang penting dalam padang setiap pemain kena ada sikap positif,” katanya menurut laporan Utusan.
Tambah pemain pertahanan Perak ini, apa yang penting adalah pemain menampilkan aksi cemerlang dan membentuk satu gandingan mantap ketika berdepan dengan Nepal.
Ketiadaan Zaquan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat memberi laluan kepada Farizal dan Shahrul untuk mengisi jawatan sebagai ketua pasukan dan penolong ketua pasukan.
Farizal dan Shahrul menjadi watak penting skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu dimana Malaysia mara ke perlawanan akhir.